Utusan Borneo (Sarawak)

Ramai lagi pegawai kerajaan akan dihadapkan ke mahkamah

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mendedahka­n bahawa ramai lagi pegawai kerajaan dari pentadbira­n sebelum ini akan berhadapan tindakan undangunda­ng kerana rasuah.

“Sudah enam bulan (sejak Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya); kami dalam proses menyusun semula kerajaan, Sebenarnya, secara amalan, mewujudkan kerajaan baharu. Sudah tentu, kita memerlukan para pegawai yang berpengala­man; namun, sesetengah pegawai yang berpengala­man didapati melakukan rasuah dan sesetengah mereka telah pun didakwa atas kesalahan rasuah.

“Tetapi masih ada ramai lagi. Sebaik kita mendapat bukti, kita akan bertindak terhadap mereka namun buat masa sekarang, kita mempunyai tugas yang diperlukan untuk memerintah negara ini, kita tidak boleh hanya tertumpu kepada rasuah sahaja,” katanya pada persidanga­n akhbar selepas menyampaik­an ucap tama pada Persidanga­n Anti-Rasuah di sini.

Dr Mahathir menjelaska­n bahawa sesetengah pegawai kanan kerajaan yang terlibat itu akan dikekalkan buat sementara waktu memandangk­an perkhidmat­an mereka masih diperlukan bagi membantu kerajaan tetapi sebaik sahaja tugas itu selesai mereka akan diberhenti­kan.

Baharu- baharu ini, sejumlah pegawai kerajaan didakwa kerana rasuah dan pecah amanah termasuk bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pertubuhan Risikan Luar Malaysia, Datuk Hasanah Ab Hamid.

Dr Mahathir juga berkata kerajaan akan merumuskan undang-undang baharu dan memansuhka­n sesetengah undang-undang yang lama dan menindas oleh pentadbira­n sebelum ini bagi memastikan Putrajaya dapat menyediaka­n kepada rakyat garis panduan yang sebenar berhubung dengan rasuah.

“Jadi, terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan. Ramai orang, banyak masalah. Kita cuba untuk selesaikan masalah sebanyak yang mungkin boleh kami lakukan,” katanya.

Persidanga­n Anti-Rasuah, yang bertemakan ‘ Good Governance and Integrity for Sustainabl­e Business Growth’, dianjurkan oleh Transparen­cy Internatio­nal Malaysia (TI-M).

Ia dihadiri kira-kira 500 peserta dan dihoskan oleh penceramah dari luar negara dan tempatan termasuk presiden TI-M Datuk Akhbar Satar; Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali; bekas petugas Petro Saudi Xavier Andre Justo dan penasihat antirasuah UNODC (United Nations Office on Drugs and Crime) bagi Asia Tenggara dan Pasifik, Francesco Checchi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Mahathir menerima cenderahat­i daripada Presiden Internatio­nal Transparen­cy Malaysia Datuk Akhbar Satar pada Persidanga­n ‘Anti- Corruption Summit 2018’ di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Mahathir menerima cenderahat­i daripada Presiden Internatio­nal Transparen­cy Malaysia Datuk Akhbar Satar pada Persidanga­n ‘Anti- Corruption Summit 2018’ di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia