Utusan Borneo (Sarawak)

IBR bukan jaminan tidak didakwa jika ambil rasuah

-

KUALA KANGSAR: Pihak yang menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tidak mempunyai imuniti atau kebal daripada didakwa jika terlibat rasuah.

Timbalan Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Pencegahan) Ahmad Shukri Mohamad Taib menegaskan pihaknya tidak akan berkomprom­i terhadap sesiapa saja termasuk kakitangan awam yang melakukan kesalahan tersebut.

“Tidak semestinya apabila seseorang itu menandatan­gani IBR mereka tidak boleh disiasat dan didakwa. Tidak ada imunisasi atau kekebalan pada IBR. Kita akan siasat apabila ada laporan mengenai rasuah,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatan­gani IBR membabitka­n 25 anggota Majlis Perbandara­n Kuala Kangsar ( MPKK) dan 20 pegawai MPKK di sini, semalam.

MPKK menjadi majlis perbandara­n yang ketiga di Perak menandatan­gani IBR selepas Majlis Perbandara­n Manjung dan Majlis Perbandara­n Taiping.

Selain itu, Ahmad Shukri berkata SPRM negeri Perak mengambil pendekatan untuk memberi penerangan kepada pelajar sekolah tentang bahaya rasuah.

Beliau berkata pihaknya telah melaksanak­an dua program iaitu Sahabat Celik dan Wira Anti Rasuah di tiga buah sekolah di Perak tahun ini.

Sementara itu, Yang Dipertua MPKK Datuk Shahrom Abd Malik berkata pihaknya ber- cadang menambah lot parkir di dua jalan di bandar ini iaitu Jalan Daeng Selili dan Jalan Raja Chulan di sini tidak lama lagi.

Beliau berkata penambahan lot itu membabitka­n hampir 300 lot parkir bertujuan mengelak kesesakan dan memastikan pengguna tidak meletakkan kenderaan sesuka hati.

Selain itu, Shahrom berkata seramai 7,000 peserta akan menyertai larian sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang akan diadakan pada 11 Nov ini di sini.

Katanya larian sejauh 15 kilometer itu akan menampilka­n kelainan berbanding sebelum ini apabila penganjur menggunaka­n beberapa laluan baharu seperti melalui kawasan kampung, sawah, kebun kelapa sawit, Sayong dan persisiran Sungai Perak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia