Utusan Borneo (Sarawak)

Isu tanah DBKL: Tengku Adnan dipanggil SPRM lebih 12 kali

-

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam mendedahka­n beliau telah dipanggil lebih 12 kali oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) untuk memberi keterangan berhubung transaksi tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan pentadbira­n kerajaan terdahulu.

Tengku Adnan (BN-Putrajaya) berkata, beliau tiada kena-mengena dengan kelulusan ( penjualan) tanah di Wilayah Persekutua­n sepanjang memegang jawatan sebagai menteri.

“Waktu saya ambil alih kementeria­n (Wilayah Persekutua­n) pada 2013, masalah tanah saya dah pulang kepada Jabatan Perdana Menteri, saya tidak ada kena-mengena atas kelulusan tanah di Wilayah Persekutua­n.

“Ramai kata saya tidak dipanggil oleh SPRM, yang sebenarnya saya telah dipanggil lebih 12 kali dan saya telah beri keterangan apa yang saya tahu,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Tengku Adnan bangun membuat penjelasan itu sebelum bertanya soalan tambahan kepada Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad berhubung berapa banyak tanah yang diberikan atas nama DBKL sepanjang beliau ( Tengku Adnan) menjadi menteri.

Ketika menjawab soalan itu, Khalid berkata beliau mengakui ada beberapa tanah yang asalnya milik Pejabat Tanah dan Galian ( PTG) ditukar nama kepada DBKL dan kemudianny­a dijual DBKL untuk memberikan hasil kepada pihak berkuasa tempatan itu.

“Bagaimanap­un, itu tidak menafikan bahawa hasil rundingan, kita telah mendapat RM149 juta lebihan, yang mana bukti jelas tanah itu telah dijual lebih murah daripada sepatutnya.

“Walaupun kita akui bukan hanya DBKL dan Kementeria­n Wilayah sahaja yang terlibat, ada Exco tanah juga terlibat yang kita tahu Putrajaya (Tengku Adnan) tidak terlibat, tetapi kita harus akui ada transaksi yang dibuat tidak ikut prosedur, tidak perlu kita buat tuduhantud­uhan dalam Dewan, kami daripada kementeria­n dan DBKL akan beri sokongan penuh kepada SPRM supaya apa yang berlaku terdedah sepenuhnya supaya rakyat tahu,” katanya.

Terdahulu, Khalid berkata kementeria­nnya masih belum menerima sebarang makluman terkini daripada SPRM berhubung siasatan 97 transaksi meragukan membabitka­n penjualan tanah milik DBKL ketika pentadbira­n kerajaan terdahulu.

Pihaknya hanya menerima surat bertarikh 7 Ogos lepas daripada SPRM yang memaklumka­n DBKL boleh meneruskan kebenaran dalam mengeluark­an kelulusan dan tidak perlu ditangguhk­an lagi (transaksi) kerana ia tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan SPRM, katanya.

“Berdasarka­n jawapan SPRM itu, kementeria­n difahamkan bahawa siasatan terhadap penjualan tanah itu masih dijalankan, hasil siasatan SPRM di luar bidang kuasa kementeria­n, persoalan sekiranya terdapat unsur pecah amanah atau penyelewen­gan dalam transaksi ini lebih sesuai dijawab SPRM,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Tan Kok Wai (PHCheras) yang meminta kementeria­n menyatakan secara terperinci transaksi penjualan tanah DBKL yang terdapat unsur- unsur penyelewen­gan dan melibatkan pecah amanah.

Khalid berkata kementeria­n telah mengambil inisiatif menubuhkan Jawatankua­sa Khas (Task Force) untuk meneliti keseluruha­n 97 transaksi tanah DBKL itu.

Hasil siasatan dan perbincang­an jawatankua­sa berkenaan dengan syarikat yang terlibat dengan transaksi tanah DBKL, sebanyak 43 daripada 97 transaksi tanah diteruskan mengikut perjanjian asal kerana tiada sebarang isu berbangkit, malah mencatat nilai transaksi lebih tinggi iaitu RM1.642 bilion harga jualan berbanding RM1.433 bilion harga nilaian, katanya.

Katanya, 14 transaksi tanah melibatkan keluasan 53.98 ekar (21 hektar) dibatalkan dengan persetujua­n syarikat manakala 15 transaksi tanah dengan keluasan 145.79 ekar (58 hektar) dirunding semula dan memperoleh tambahan hasil kepada DBKL sebanyak RM149 juta.

“Sebanyak 20 transaksi yang telah sempurna pindah milik tanah dan siap projek tetapi didapati ada keraguan dari segi proses jualan tanah, harga nilaian tanah dan caj pembanguna­n diserahkan untuk siasatan lanjut SPRM.

“Lima transaksi tidak mencapai persetujua­n, dengan tiga syarikat yang melibatkan tiga transaksi ingin terus berpegang kepada perjanjian yang telah ditandatan­gani walaupun diperakui berat sebelah dan satu syarikat telah memfailkan tindakan di mahkamah untuk memaksa DBKL mematuhi perjanjian berat sebelah tersebut,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parlimen, Khalid berkata 70 peratus daripada 97 transaksi meragukan melibatkan tanah DBKL itu telah diurusniag­akan semasa Tengku Adnan menjadi Menteri Wilayah Persekutua­n.

Bagaimanap­un, Khalid berkata setakat ini, beliau tidak dapat mendedahka­n butiran lengkap kepada umum tentang bagaimana beberapa plot tanah dijual di bawah harga pasaran kerana perkara itu sedang disiasat SPRM. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia