Utusan Borneo (Sarawak)

Kesalahan rogol dalam perkahwina­n sukar dibuktikan di mahkamah

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan buat masa ini tidak bercadang menjadikan kesalahan rogol dalam perkahwina­n sebagai suatu kesalahan kerana ia amat sukar untuk dibuktikan di mahkamah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin.

Beliau berkata, sekiranya kes berkaitan rogol dalam perkahwina­n dibawa ke mahkamah, pesalah lebih cenderung untuk dilepaskan berbanding disabitkan dengan kesalahan.

“Sebab itulah kerajaan mengambil kira semua faktor dan kerajaan merasakan belum tiba masanya untuk menjadikan rogol dalam perkahwina­n sebagai suatu kesalahan.

“Bagaimanap­un, sekiranya ada kes-kes yang melibatkan kekerasan rumah tangga, Seksyen 375 A Kanun Keseksaan digunakan untuk memastikan hak-hak wanita dijamin oleh pihak kerajaan,” katanya menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) mengenai pendirian kerajaan berkenaan rogol dalam perkahwina­n, pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Dalam pada itu, Mohamed Hanipa turut mengalu-alukan pandangan daripada manamana pihak sama ada orang Islam mahupun bukan Islam bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kes rogol dalam perkahwina­n kerana ia merupakan isu yang merentasi agama. — Bernama

Menyedari cabaran ini, kementeria­n telah mengambil langkah proaktif untuk membendung pesakit daripada menjadi buta dengan menjalinka­n kerjasama

korporat.” dengan pertubuhan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan

dari golongan miskin dan tidak bernasib baik. Namun majoriti mereka yang bermasalah rabun penglihata­n boleh dielakkan.

“Menyedari cabaran ini, kementeria­n telah mengambil langkah proaktif untuk membendung pesakit daripada menjadi buta dengan menjalinka­n kerjasama dengan pertubuhan korporat,” katanya kepada pemberita selepas majlis MoU itu di sini semalam.

Dr Dzulkefly berkata, di bawah projek IOL, kementeria­n akan bekerja secara strategik dengan Standard Chartered Malaysia untuk menyediaka­n penjagaan mata dan rawatan katarak di 41 hospital dan rangkaian perkhidmat­an ‘ Klinik Katarak Malaysia’ seluruh negara.

Sementara itu, Pengarah Standard Chartered dan Ketua Pegawai Eksekutif, Abrar A.Anwar berkata MoU itu adalah fasa ketiga kerjasama antara kedua-dua pihak bagi pemulihan penglihata­n sejak 2013.

“Dari 2013 hingga 2018, bank kami menerusi Yayasan Standard Chartered telah menderma RM2 juta merangkumi lebih 6,000 kanta intraokula­r kepada komuniti di kawasan luar bandar,” katanya.

Majlis menandatan­gani MoU itu disaksikan oleh Dr Dzulkefly dan ditandatan­gani oleh Ketua Setiausaha kementeria­n itu, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Abrar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia