Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah 310,000 orang gay dalam negara belum muktamad: JAKIM

-

KUALA LUMPUR: Anggaran jumlah 310,000 orang gay dalam negara masih belum dimuktamad­kan Kementeria­n Kesihatan Malaysia, kata Penolong Pengarah (Kanan) Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kebajikan Islam (JAKIM) Dr Mohd Izwan Md Yusof.

Beliau berkata bagaimanap­un JAKIM akan terus komited memberikan penerangan dan bimbingan terhadap komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksua­l (LGBT) terutamany­a golon- gan gay yang ingin kembali ke pangkal jalan.

“Pintu sentiasa terbuka di JAKIM untuk golongan LGBT terutamany­a golongan gay bagi mendapatka­n bimbingan kerana seseorang yang dilabel sebagai gay tidak semestinya suka terhadap hubungan sesama jenis,” katanya dalam satu kenyataan yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp di sini semalam.

Katanya, gay menurut definisi adalah seorang lelaki yang tertarik kepada sesama sejenis dari sudut seksual, jadi tidak adil jika dilabelkan mereka suka terhadap seks sesama lelaki kerana mungkin mereka hanya tertarik dari sudut romantik atau bentuk fizikal lelaki lain sahaja.

“Justeru JAKIM komited untuk mendidik mereka melalui program berbentuk seminar dan mukhayyam (perkhemaha­n) supaya kita dapat memantapka­n kerohanian mereka,” katanya.

Katanya, JAKIM turut menyeru masyarakat untuk sama- sama mengukuhka­n institusi kekeluarga­an dan pemantauan perilaku anakanak perlu dilakukan secara berterusan di samping memberikan pendidikan agama sebaik mungkin.

Kelmarin JAKIM yang mendedahka­n ada kira-kira 310,000 golongan gay tahun ini, berbanding 173,000 lima tahun lalu.

Isu berkenaan didedahkan menerusi seminar kesedaran mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) anjuran Jaim di Pulau Pinang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia