Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO bahagian Jeli masih utuh

-

KOTA BHARU: UMNO bahagian Jeli masih lagi utuh di sebalik tindakan bekas ketua bahagianny­a, Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalk­an parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Jumaat lepas.

Anggota Jawatankua­sa UMNO bahagian Jeli Datuk Mohd Adhan Kechik berkata setakat ini hanya segelintir anggota UMNO di bahagian berkenaan yang mengikut jejak langkah bekas Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan itu.

“Tetapi dari segi keanggotaa­n sama ada di peringkat cawangan mahupun bahagian masih lagi kekal utuh seperti dahulu. Tak banyak perubahan yang berlaku walaupun kita akui ada segelintir kecil anggota UMNO mengikut jejak langkah Mustapa,” katanya.

Mohd Adhan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga berkata demikian ketika ditemui di luar persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, semalam.

Ditanya berhubung sebarang perjumpaan yang diadakan Mustapa dengan anggota UMNO bahagian Jeli, Mohd Adhan berkata perkara itu hanya dilakukan ketika beliau mengumumka­n keluar UMNO bulan lepas.

“Ada pertemuan besarbesar­an secara ‘ad hoc’ ketika mula-mula beliau keluar UMNO dahulu dan kami di Jeli mengambil sikap terbuka dan mahu mendengar penjelasan daripada beliau sendiri. Namun selepas menyertai BERSATU saya difahamkan tiada sebarang pertemuan secara besar-besaran,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia