Utusan Borneo (Sarawak)

Ambrin mendakwa mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas laporan

-

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata tiada sebarang pindaan dibuat terhadap laporan asal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang disediakan oleh beliau.

“Tiada sebarang pindaan. Saya tidak tahu apa yang beliau (Wong Kah Woh) maksudkan,” katanya merujuk kepada timbalan pengerusi Jawatankua­sa Kira- Kira Wang Negara ( PAC) itu yang kelmarin mendakwa laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB telah dipinda atas arahan individu tertentu.

Ambrin, yang kini mempengeru­sikan jawatankua­sa siasatan tadbir urus, perole- han dan kewangan, berkata beliau mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas laporannya.

“Ia adalah laporan saya, saya mempunyai kawalan penuh ke atas laporan saya. Sebab itu saya perlu diberi peluang untuk menjelaska­n kepada PAC,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah 2018 di sini, semalam.

Ketika membahaska­n usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke- 11 (RMK-11) di Dewan Rakyat kelmarin, Wong mendakwa pindaan telah dibuat semasa kerajaan terdahulu, dan menurutnya beberapa agensi termasuk Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara turut ‘dilumpuhka­n’ untuk menyiasat isu berkenaan ketika itu.

Turut dilaporkan bahawa PAC kelmarin menangguhk­an prosiding siasatan 1MDB ke satu tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian seperti diumumkan Pengerusin­ya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam kenyataan.

Ambrin dijadual memberikan keterangan kelmarin dalam prosiding siasatan semula 1MDB.

Berhubung kenapa prosiding untuk beliau memberi keterangan di hadapan PAC ditangguhk­an, Ambrin berkata soalan itu patut diajukan pada Kiandee. — Bernama

Tiada sebarang pindaan. Saya tidak tahu apa yang beliau ( Wong Kah Woh) maksudkan. Tan Sri Ambrin Buang Bekas Ketua Audit Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia