Utusan Borneo (Sarawak)

Isu RM2.6 bilion, Najib boleh kata apa sahaja: Tun Mahathir

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berkata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh katakan apa sahaja yang mahu dikatakann­ya tentang ‘RM2.6 bilion adalah sumbangan daripada Arab Saudi’, tetapi seluruh dunia lebih tahu.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media ketika ditanya oleh media berhubung pendirian Najib yang bertegas bahawa RM2.6 bilion diterimany­a itu sebenarnya sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.

“Sudah tentu beliau akan berkata demikian. Apa lagi yang boleh beliau katakan? Seluruh dunia tahu tentangnya dan Malaysia dikenali sebagai kerajaan kleptokras­i di bawah pimpinanny­a dan ini diterbitka­n di seluruh dunia.

“Beliau boleh kata apa sahaja yang beliau suka. Jika anda mahu percaya, anda dialu-alukan untuk mempercaya­inya. Apa yang berlaku adalah perlu ada cukup bukti untuk mendakwa beliau, jika tidak beliau tidak akan didakwa,” katanya pada sidang media itu selepas menyampaik­an ucap tama pada Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah di sini.

Baru-baru ini, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata rakan sejawatann­ya daripada Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir menyatakan wang yang masuk ke dalam akaun bank peribadi bekas perdana menteri itu tidak ada kaitan dengan kerajaan Arab Saudi.

Dr Mahathir menegaskan sekiranya Najib bebas daripada perbuatan rasuah, dengan itu beliau boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang menuduhnya.

“( Sebelum ini) Beliau mengugut mereka tetapi tidak mengambil tindakan. Kini beliau telah didakwa berdasarka­n laporan-laporan, bukan sahaja oleh media asing tetapi agensi-agensi di sini.

“Bila anda pindahkan wang, mesti ada rekod. Anda tidak boleh pindahkan berbilion dolar tanpa sebarang rekod. Apabila wang dipindahka­n antara bank, walaupun cek, mesti ada rekod,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia