Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada urus janji wang bagi pemimpin UMNO masuk BERSATU

-

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak melakukan sebarang urus janji dengan ahli Parlimen dari UMNO, termasuk menawarkan kepada mereka wang untuk melompat parti.

Perdana Menteri, yang juga Pengerusi BERSATU, malahan berkata: “Kami telah menetapkan bahawa untuk menyertai BERSATU, mereka hendaklah meninggalk­an UMNO, menjadi anggota bebas untuk satu tempoh dan hanya selepas itu boleh memohon menjadi anggota parti kami.”

“Sekiranya didapati sebarang elemen rasuah dalam perkara ini, anda disambut baik untuk melaporkan­nya dan kita akan ambil tindakan. Setakat ini, tiada melibatkan wang,” kata Dr Mahathir bila ditanya sama ada terdapat elemen rasuah apabila pemimpin UMNO melompat ke BERSATU atau berhasrat berbuat demikian.

Dr Mahathir berkata demikian selepas menyampaik­an ucap tama pada Persidanga­n Anti-Rasuah 2018 di sini, semalam.

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed Mus- tapa menyertai BERSATU pada 26 Okt, selepas bertindak keluar dari UMNO pada 18 Sept. Kira-kira 40 anggota UMNO dikatakan bertemu Dr Mahathir dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan hasrat mereka untuk menyertai parti berkenaan.

Bagaimanap­un, Dr Mahathir menjelaska­n bahawa proses untuk menerima pemimpin lain UMNO tidaklah semudah itu.

“Contohnya, Tok Pa adalah anggota bebas untuk beberapa tempoh sebelum permohonan beliau diluluskan,” katanya.

Dr Mahathir juga menafikan dakwaan bahawa terdapat perbincang­an berhubung tindakan 40 ahli Parlimen UMNO yang didakwa berhasrat menyertai BERSATU.

Beliau berkata, kepimpinan BERSATU belum memasuki sebarang fasa perbincang­an dengan anggota UMNO yang berhasrat menyertai BERSATU.

BERSATU belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai sama ada menerima atau tidak anggota UMNO yang berhasrat menyertai parti itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UCAPTAMA: Dr Mahathir menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n‘Anti- Corruption Summit 2018’ di sebuah hotel semalam.
— Gambar Bernama UCAPTAMA: Dr Mahathir menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n‘Anti- Corruption Summit 2018’ di sebuah hotel semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia