Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha bantu cari Jho Low bukan untuk mengelak disiasat SPRM: Hishammudd­in

-

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein menafikan usahanya untuk membantu kerajaan bagi mencari serta membawa pulang Low Taek Jho atau Jho Low adalah kerana ingin mengelak daripada disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Menteri Pertahanan­an itu berkata jika benar beliau dikaitkan dengan apa- apa kesalahan rasuah, sudah tentu pihak SPRM akan melakukan siasatan dan mendakwany­a.

“Apa yang SPRM ada terhadap saya? … saya tak lakukan rasuah, jika ada dakwaan nak siasat SPRM sampai hari ini tak ada panggil saya.

“Saya dalam hal ini (rasuah) tak terlibat, kalau orang nak cakap saya takut dengan SPRM biar SPRM sendiri dedahkan (kes rasuah),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Hishammudd­in ditanya mengenai cakap-cakap bahawa usahanya membantu Putrajaya mengesan Jho Low bertujuan untuk tidak dikenakan sebarang tindakan siasatan SPRM.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan dirinya adalah antara 40 nama Ahli Parlimen UMNO yang dikatakan akan melompat parti untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Saya dah nyatakan beberapa kali saya tak akan keluar parti… orang putih kata ‘action speaks louder than words’... mana ada saya keluar parti,” katanya.

Sementara itu, menyentuh tentang pembentang­an Belanjawan 2019 pada Jumaat ini, Hishammudd­in berharap Kementeria­n Pertahanan di bawah kerajaan baharu dapat meneruskan aspek keprihatin­an dan kebajikan yang dilakukan kerajaan terdahulu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Hishammudd­in ketika sidang media pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke- 14 di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Hishammudd­in ketika sidang media pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke- 14 di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia