Utusan Borneo (Sarawak)

Real umum pemecatan Lopetegui ekoran kekalahan memalukan dibelasah Barca 1-5 pada aksi El Clasico Ahad lepas

-

MADRID, Sepanyol: Tempoh singkat dan glamour Julen Lopetegui sebagai jurulatih Real Madrid hanya bertahan selama 139 hari apabila kelab mengumumka­n beliau telah dipecat Isnin lepas.

Lopetegui dipecat selepas satu mesyuarat ahli lembaga pengarah, yang membuat kesimpulan di mana ada “ketidaksei­mbangan besar di antara kualiti kakitangan Real Madrid... dan keputusan yang diperolehi setakat ini”.

Santiago Solari, jurulatih skuad B Real, diberikan tugas membimbing kelab buat sementara menjelang perlawanan Copa del Rey menentang pasukan kerdil, Melilla hari ini.

Solari mungkin masih membimbing Real untuk perlawanan La Liga Sepanyol menentang Real Valladolid Sabtu ini.

Perlawanan terakhir Lopetegui ternyata amat memalukan apabila Real dibelasah 1-5 oleh seteru utama, Barcelona dalam perlawanan El Clasico Ahad lepas. Kekalahan itu adalah yang kelima dari tujuh perlawanan dan kelihatan sudah meyakinkan Presiden Real Madrid, Florentino Perez di mana satu perubahan perlu dilakukan.

“Keputusan ini, dengan mengambil tanggungj a w a b tertinggi a d a l a h d e n g a n harapan mengubah nasib pasukan utama, apabila semua objektif pada musim ini masih dapat dicapai,” kata satu kenyataan kelab Isnin lepas. “Lembaga Pengarah faham di mana ada ketidaksei­mbangan besar di antara kualiti Real Madrid, yang memiliki lapan pemain yang dicalonkan untuk penerima Bola Emas akan datang, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah kelab, dengan keputusan yang diperolehi setakat ini.” K e i n g i n a n Real menegaskan bakat yang ada dalam skuad adalah jelas dan mungkin satu peringatan kepada pengganti Lopegetui, yang mungkin tidak mendapat tugas yang mudah.

Bekas jurulatih Itali dan kelab Chelsea, Antonio Conte, menjadi pilihan awal untuk mengisi kekosongan tetapi rundingann­dingan awal tidak berjalanal­an lan-lancar, menurut nurut laporan dalam alam akhbar Sepapanyol. Jururulati­h lain yang ang dikaitkan n dengan kelab ialah jurulatih kebangs a a n Belgium, Roberto Martinez z dan bekas as pemain ten-tengah Real MMadrid, d id Guti.

Solari bagaimanap­un akan menjalanka­n tugas itu buat masa ini, selepas dua musim bersama Castilla (pasukan B Real) di mana beliau membimbing kelab menamatkan saingan di tangga ke-11 dan ke-8 dalam Segunda B. Bagi Lopetegui, beliau kehilangan dua jawatan terbesar dalam bola sepak dalam tempoh kurang dari lima bulan, selepas keputusan menyertai Real Madrid menyebabka­n bbeliau dipecatcat sebagaseba­gai jurulatih Sepanyol, Sepan sehari sebelum sebe sepak mula mu Piala Dunia Dun 2018. S e p a n y o l m l t i k Fernando F H i e r r o u n t u k m e m - bimbing Sepanyol di Piala D u n i a tetapi tet tewas di ppusingan kkeduad menerusi penentuan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah Rusia. Sekarang, Lopetegui dipecat oleh Real Madrid. Legasi bekas jurulatih, Zinedine Zidane sememangny­a sukar diganti selepas memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara berturuttu­rut, selain populariti beliau di kalangan pemain.

Tetapi di sebalik kegembiraa­n meraikan kejuaraan Eropah yang ketiga berturut-turut pada bulan Mei, pengurusan kelab tetap tidak berpuas hati terutama sekali kelab ketinggala­n 17 mata di belakang Barcelona pada akhir musim La Liga, dengan Zidane mengumumka­n meletak jawatan dan selepas itu, penyerang sensasi kelab, Cristiano Ronaldo, yang sentiasa menyumbang purata 50 gol untuk kelab, menyertai Juventus pada penutup musim.

Perez memilih untuk tidak mendapatka­n nama besar sebagai pengganti Ronaldo, menyebabka­n Lopetegui kekurangan kekuatan di jentera serangan dan ketika masalah di benteng pertahanan juga tidak terkesan dengan ketumpulan jentera serangan dengan Sergio Ramos dan Raphael Varane semakin rapuh berdepan lawan.

“Ia bukan hanya kesalahan Julen,” menurut tajuk akhbar sukan harian utama Sepanyol, Marca, Isnin lepas.

Prestasi buruk Real tidak kelihatan berubah di Nou Camp ketika dimalukan Barcelona selepas hanya menang sekali dari tujuh perlawanan terakhir dan berada di tangga kesembilan liga selain mencipta rekod lebih dari lapan jam tanpa gol.

Ada yang percaya, mungkin Perez juga antara punca dengan pasukan memerlukan jurulatih yang lebih tegas.

Conte adalah jurulatih yang tegas dan teliti dalam persediaan taktik permainan terutama sekali melibatkan pertahanan.

Selepas perlawanan Ahad lepas, Ramos menjelaska­n bahawa suasana dalam bilik persalinan kelab adalah lebih penting dari pengetahua­n teknikal.

“Rasa hormat itu diperolehi, bukan dipaksa,” kata Ramos. “Mereka adalah jurulatih di mana kami memenangi kejuaraan. Menguruska­n bilik persalinan adalah lebih penting dari pengetahua­n seorang jurulatih.”

Jurulatih seterusnya ditugaskan untuk merapatkan jurang ketinggala­n lapan mata di belakang Barcelona, yang kembali di tangga teratas liga selepas kemenangan bergaya ke atas Real Ahad lepas. — AFP

Keputusan ini, dengan mengambil tanggungja­wab tertinggi adalah dengan harapan mengubah dicapai. ” nasib pasukan utama, apabila semua objektif pada musim ini masih dapat Kenyataan Real Madrid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia