Utusan Borneo (Sarawak)

Kualiti City, penyudah berbisa Mahrez bantu ‘menewaskan’ kesukaran padang

-

LONDON, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mendakwa kemenangan 1- 0 pasukannya ke atas Tottenham Hotspur adalah lebih istimewa kerana masalah padang rosak di Stadium Wembley, stadium sendiri sementara Spurs dalam aksi Liga Perdana Inggeris Isnin lepas.

Bermain di padang yang rosak selepas 24 jam sebelum itu digunakan untuk satu perlawanan Liga Bola Sepak Amerika ( NFL), kualiti City dan penyudah berbisa pemain sayapnya, Rihad Mahrez membantu mereka ‘ menewaskan’ kesukaran padang.

Kemenangan keenam dari tujuh perlawanan liga terakhir itu membolehka­n City kembali ke tangga teratas liga dengan kelebihan gol berbanding Liverpool.

Dan Guardiola mengakui beliau berasa lega melihat pemainnya menangani keadaan padang yang teruk.

“Ia satu kemenangan yang hebat dalam keadaan yang istimewa, berdepan salah sebuah pasukan paling lasak di Eropah,” kata beliau.

“Ia bukan k e a d a a n untuk bermain bola s e p a k . K a m i m e m - berikan r e a k s i y a n g baik. Bagi pemain kami dan pemain Tottenham, saya berharap mereka akan menyelesai­kan masalah ini di masa hadapan.

“Ia satu persoalan untuk Liga Perdana dan Tottenham. Kami dijemput bermain di sini untuk satu jadual perlawanan dan kami berharap mereka boleh menyelesai­kan masalah itu.”

Guardiola memuji kemenangan ke atas Shakhtar Donetsk dalam aksi Liga Juara- Juara minggu lepas sebagai aksi terbaik sepanjang beliau menjadi pengurus City.

Ia bagaimanap­un prestasi lebih menarik ketika pertahanan City mengekang a s a k a n S p u r s , m e m - b o l e - h k a n mereka menyamai rekod kelab untuk tanpa bolos dalam enam perlawanan liga berturut- turut. Namun Guardiola juga kecewa kerana City mensiasiak­an beberapa peluang untuk menamatkan cabaran Spurs dan memberi amaran di mana mereka harus meningkat lagi jika mahu mempertaha­nkan kejuaraan dan juga memenangi Liga Juara- Juara. “Kami mempunyai banyak peluang. Kami perlu menjaringk­an gol tetapi tidak mampu melakukann­ya hari ini. Kami mempunyai banyak yang perlu diperbaiki,” kata beliau. Ia adalah malam yang mengecewak­an buat Tottenham, yang kekal di tangga kelima tetapi kini sudah ketinggala­n lima mata di belakang City selepas kekalahan liga yang pertama dari lima perlawanan.

Pemain pertahanan Spurs, Toby Alderweire­ld juga menyalahka­n keadaan padang dengan berkata: “Saya harus bersikap jujur, keadaan padang tidak bagus.

“Kedua- dua pasukan mahu bermain dari bahagian pertahanan dan untuk bermain di padang sebegini, ia adalah sukar.”

Tetapi pengurus Spurs, Mauricio Pochettino lebih kecewa dengan pertahanan rapuh pasukannya yang menyebabka­n gol pembukaan City.

“Masalah padang adalah sama untuk kedua- dua pasukan. Ia adalah gol bolos yang tidak harus anda berikan pada perlawanan seperti ini. Bola sepak akan menghukum anda dengan kesilapan itu,” kata Pochettino.

“Saya berasa bangga dengan usaha pemain, kami mencipta banyak peluang. Musim lepas ia adalah sukar untuk menentang Manchester City tetapi hari ini jurangnya semakin hampir.”

City membuka jaringan seawal minit keenam selepas pemain pertahanan Spurs, Kieran Trippier gagal menangani satu tendangan percuma jauh dari penjaga gol City, Ederson, membolehka­n Raheem Sterling merampas bola dan melarikann­ya ke dalam kotak penalti sebelum mengumpan kepada Mahrez untuk melakukan penyudah dari jarak dekat.

Ia adalah saat penuh emosi buat Mahrez, bekas pemain Leicester City selepas menerima berita kematian pemilik Leicester, Vichai Srivaddhan­aprabha dalam satu kemalangan helikopter di luar Stadium King Power Sabtu lepas.

Mahrez meraikan gol dengan menunjukka­n ke langit untuk apa yang dilihat mengabdika­n gol beliau kepada bekas pemilik kelabnya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PERGERAKAN TERHAD: Mahrez (kanan) menerima tentangan hebat daripada dengan pemain tengah Spurs, Lucas Moura pada perlawanan liga di Stadium Wembley Isnin lepas.
— Gambar Reuters PERGERAKAN TERHAD: Mahrez (kanan) menerima tentangan hebat daripada dengan pemain tengah Spurs, Lucas Moura pada perlawanan liga di Stadium Wembley Isnin lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? HEBAT: Icardi meraikan jaringanny­a bersama penyokong Inter pada perlawanan Serie A Itali menentang Lazio di Stadio Olimpico, Rom Isnin lepas.
— Gambar Reuters HEBAT: Icardi meraikan jaringanny­a bersama penyokong Inter pada perlawanan Serie A Itali menentang Lazio di Stadio Olimpico, Rom Isnin lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia