Utusan Borneo (Sarawak)

Inter pintas Napoli di tangga ke-2 selepas sentak Lazio 3-0

-

MILAN, Itali: Mauro Icardi menjaringk­an dua gol di antara kedua-dua babak ketika Inter Milan menewaskan Lazio 3-0 pada perlawanan semasa hujan di Rom Isnin lepas untuk memintas Napoli ke tangga kedua Serie A Itali.

Icardi, kapten Inter, membuka jaringan pada minit ke- 28 sebelum Marcelo Brozovic menambah gol sebelum rehat.

Icardi melengkapk­an jaringan pada minit ke-70 perlawanan di Stadio Olimpico ketika Inter mengumpul 22 mata dari 10 perlawanan untuk melonjak ke tangga kedua liga dengan kelebihan gol berbanding Napoli.

Napoli diikat 1-1 oleh AS Roma pada perlawanan hari Ahad.

Inter dan Napoli bagaim- anapun kurang enam mata di belakang pendahulu liga, Juventus, yang menewaskan Empoli 2-1 pada perlawanan hari Sabtu.

“Kami berada di landasan tepat,” kata Icardi selepas pasukannya mencipta kemenangan liga yang keenam berturut-turut.

Ia juga gol liga keenam beliau musim ini.

“Saya mengharung­i satu tempoh prestasi yang baik bersama-sama dengan Inter. Kami bermain dengan baik, selain kekalahan kepada Barcelona (0-2 dalam Liga Juara-Juara) dan kami mahu melakukan yang lebih bagus lagi.

“Kami bukan anti- Juventus kerana kami hanya beberapa langkah untuk mencapai apa yang telah mereka lakukan sejak bertahun- tahun tetapi kami gembira dengan apa yang kami lakukan.”

Skuad kendalian Luciano Spalletti itu mengawal perlawanan dari awal walaupun dengan cuaca angin agak kuat dan hujan di kota Rom.

Dengan hanya satu mata memisahkan di antara kedua-dua pasukan, perlawanan ini juga sangat penting untuk memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Inter menduduki slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara dari Lazio pada hari terakhir liga musim lepas, memaksa skuad bimbingan Simone Inzaghi itu bermain dalam Liga Europa.

Permainan mula memuncak selepas gol pembukaan Icardi pada minit ke-28 dari umpanan Matias Vecino sebelum menambah jaringan pada minit ke-41 menerusi gol Brozovic.

Lazio mempunyai satu peluang untuk merapatkan kedudukan tetapi rembatan Adam Marusic ditepis penjaga gol Samir Handanovic ke palang gol.

Harapan kebangkita­n Lazio berakhir apabila Icardi menjaringk­an gol kedua peribadi.

Lazio kekal di tangga keempat tetapi sudah tewas kepada pasukan utama – Juventus, Napoli, Roma dan sekarang Inter.

“Saya mengakui kami kehilangan sesuatu malam ini,” kata Inzaghi.

“Menentang pasukan besar, Lazio kurang berbisa seperti perlawanan lain. Pasukan ini dibina untuk memenangi kejuaraan. Sekarang kami harus kembali semula ke landasan apabila menentang SPAL.” — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia