Utusan Borneo (Sarawak)

Vettel percaya Ferrari hilang prestasi bersaing kepantasan dengan Mercedes selepas GP Singapura

-

KOTA MEXICO, Mexico: Sebastian Vettel percaya harapan kejuaraan dunia beliau mula terjejas di Singapura apabila pasukannya, Ferrari, hilang prestasi berdepan pasukan Lewis Hamilton, Mercedes.

“Saya fikir selepas perlumbaan di Singapura, kami gagal menyaingi kepantasan Mercedes untuk beberapa perlumbaan,” katanya. “Dan kemudian, ia jelas, beberapa perkara lain yang berlaku juga tidak membantu.

“Kami gagal mengutip mata kerana kesilapan yang kami lakukan dan juga kesilapan yang saya lakukan.”

Vettel bercakap selepas perlumbaan Grand Prix Mexico Ahad lepas di mana beliau menamatkan perlumbaan di tempat kedua, di belakang pemandu Red Bull, Max Verstappen – satu keputusan yang memberikan kejuaraan dunia yang kelima buat Hamilton, yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat di belakang pemandu kedua Ferrari, Kimi Raikko- nen.

Selepas mengucapka­n tahniah kepada Hamilton, Vettel kelihatan jujur tentang kesilapan beliau dan pasukannya.

Ramai percaya saat penting kegagalan itu ialah apabila beliau terbabas ketika mendahului Grand Prix Jerman, di mana Hamilton kemudian memenangi perlumbaan dengan bergaya walaupun agak jauh ketinggala­n.

“Saya tidak dapat terlalu menghukum diri saya di atas apa yang berlaku di Jerman,” katanya. “Saya ada melakukan kesilapan yang lebih besar tahun ini tetapi sememangny­a ia (kemalangan di Jerman) memberi kesan lebih besar tetapi malangnya ia sebahagian dari lumrah perlumbaan.

“Apabila anda berusaha terlalu kuat, kadang-kadang ia memberi kesan buruk. Apa pun, ia sudah dilupakan dan saya tidak begitu memikirkan­nya. Saya menganggap ia sebahagian dari lumrah perlumbaan dan ia juga berlaku kepada pemandu lain.

“Jadi, ya, melihat saya bergelut dalam beberapa minggu terakhir, dengan kepantasan dan rentak, ia mungkin detik penentu.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MUSIM SUKAR: Vettel (dua kiri) sebelum perlumbaan Grand Prix Mexico di Litar Hermanos Rodriguez, Kota Mexico pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters MUSIM SUKAR: Vettel (dua kiri) sebelum perlumbaan Grand Prix Mexico di Litar Hermanos Rodriguez, Kota Mexico pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia