Utusan Borneo (Sarawak)

Federer ‘tiba esok’ buru kejuaraan ATP ke-100 dalam kariernya

-

PARIS, Perancis: Roger Federer dijang- k a akan memburu kejuaraan A T P ke- 100 d a l a m kariernya pada kejohanan Siri Master Paris di sini minggu ini selepas penganjur mengumumka­n ‘kehadiran’ jaguh dari Switzerlan­d itu Selasa lepas.

Jika Federer disenaraik­an beraksi, ia adalah penampilan pertama beliau di sini sejak 2015.

Federer, 37, memenangi kejuaraan ATP ke-99 dalam kariernya di Basel Ahad lepas tetapi belum beraksi pada kejohanan terakhir Siri Master tahun ini di Paris dalam tempoh tiga tahun kerana kecederaan dan penguranga­n jadual perlawanan­nya.

Federer “tiba esok” kata penganjur kejohanan Isnin lepas. Beliau berdepan sama ada Jo- Wilfried Tsonga atau Milos Raonic hari ini.

Pemain Portugal, Joao Sousa akan menentang Novak Djokovic di pusingan kedua kejohanan selepas menewaskan Marco Cecchinato 7-5 dan 6-3 pada perlawanan pusingan pertama.

Cecchinato mengejutka­n Djokovic di separuh akhir Terbuka Perancis pada bulan Jun tetapi pemain dari Itali itu terlepas peluang menentang Djokovic sekali lagi apabila hilang rentak pada kedudukan 5-5 dalam set pertama.

Djokovic, pemain pilihan kedua kejohanan, memburu impian untuk merampas ranking nombor satu dunia dari Rafael Nadal pada minggu ini.

Nadal, yang tidak pernah memenangi kejohanan dalam dewan, kembali beraksi selepas pulih dari kecederaan lutut yang menjejaska­n peluangnya di Terbuka Amerika sebelum ini.

Pada perlawanan lain, Filip Krajinovic, naib juara di sini tahun lepas, tewas kepada Karen Khachanov 7-5 dan 6-2 sementara Richard Gasquet meneruskan kemaraan selepas menewaskan Denis Shapovalov tetapi rakan senegara Gasquet dari Perancis Nicolas Mahut, pulang awal selepas tewas 7- 6( 7/ 1) dan 6- 2 kepada pemain Amerika Syarikat, Frances Taifoe. — AFP

 ??  ?? FEDERER
FEDERER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia