Utusan Borneo (Sarawak)

Mashya FE menjuarai Sepak Takraw Siri IV NCS 2018

-

SIBU: Pasukansep­aktakraw Mashya FE juara Pertanding­an Sepak Takraw Siri IV sempena Nangka Challenge Series (NCS) 2018 di Kampung Bandong, Ahad lalu.

Tempat kedua dimenangi Projek Team B sementara DBKU B dan Calaxy A masing-masing menyandang tempat ketiga bersama.

Selaku juara, Mashya FE berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500.

Manakala tempat kedua berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000 diikuti tempat ketiga bersama membawa pulang RM250.

NCS 2018 merupakan anjuran bersama Sekretaria­t Sosial Budaya Sukan dan Perpaduan Nangka (SSBSPN), Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersama (PBB) Sibu dan Pusat Khidmat DUN Nangka.

Sementara itu, NCS bermula pada Julai lalu menganjurk­an empat acara sukan iaitu futsal, boling, bola sepak tujuh sebelah dan sepak takraw.

Keempat-empat acara sukan itu diadakan setiap bulan pada hujung minggu bermula Julai hingga Oktober.

Pemenang tempat empat teratas setiap acara layak bertanding pada peringkat akhir berlangsun­g pada November dan Disember.

Grand Final bagi acara bola sepak tujuh sebelah berlangsun­g pada 3 hingga 4 November, diikuti grand final acara boling pada 25 November.

Manakala, acara futsal dan sepak takraw berlangsun­g pada 1 dan 2 Disember.

Hadiah menanti pemenang peringkat akhir bernilai RM5,000 ( juara), RM3,000 ( naib juara), RM2,000 (tempat ketiga) dan RM1,000 (keempat). belakang) menyampaik­an hadiah kemenangan kepada ketua pasukan Mashya FE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia