Utusan Borneo (Sarawak)

Klinik Juara Futsal Milo 2018 dapat sambutan luar biasa

-

MIRI: Klinik Juara Futsal Milo 2018 berlangsun­g pada 27 Oktober lalu di King Sport Centre di sini mendapat sambutan luar biasa apabila disertai kira-kira 75 orang kanak-kanak bawah 12 tahun.

Jurulatihn­ya, Elizabeth Oyau berkata pihaknya tidak menjangkak­an sambutan hangat kerana sebelum ini hanya menyasarka­n 50 orang kanak-kanak sahaja.

“Ia membuktika­n bahawa ibu bapa sudah menyedari usaha mengasah bakat anakanak bermula pada usia muda dan mereka mudah menyerap ilmu yang diberikan,” katanya di sini semalam.

Ia adalah anjuran bersama Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (Miri FA) dan Permy Galaxy FC ditaja oleh Milo.

Klinik kali ini juga diadakan sempena memperinga­ti mendiang suami dan anak Elizabeth, Thomas Balang Apoi, 43, dan anak lelakinya, Elfhy Leonald Panai berusia lapan tahun terlibat kemalangan maut, Julai lalu.

Bagi bekas pemain bola sepak wanita Sukan SEA 2007 itu, anaknya Elfhy Leonald juga aktif menyertai klinik tersebut dan ketiadaan mendiang tidak mematahkan semangat Elizabeth terus mengendali Klinik Juara Futsal Milo.

Menurutnya, program itu adalah kesinambun­gan program tahun lalu yang juga mendapat sambutan menggalakk­an.

Kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun ini yang menyertai klinik itu diberi pendedahan, teknik dan strategi yang betul bermain futsal.

Elizabeth menarik perhatian bahawa pemainan futsal secara asasnya amat berbeza dengan perlawanan 11 pemain iaitu memerlukan pergerakan pantas dan stamina tinggi.

“Kita percaya jika kanakkanak ini dibentuk pada usia muda, mereka akan berpengala­man dan mampu menjadi pemain futsal profesiona­l,” katanya.

Sehubungan itu, objektif Milo menganjurk­an program sukan pada usia muda itu mencapai matlamatny­a dan perlu diteruskan pada tahuntahun akan datang.

 ??  ?? GIGIH: Elizabeth (dua kanan) mengajar salah seorang kanak-kanak teknik mengelecek dan menendang bola pada Klinik Juara Futsal Milo 2018 di Miri.
GIGIH: Elizabeth (dua kanan) mengajar salah seorang kanak-kanak teknik mengelecek dan menendang bola pada Klinik Juara Futsal Milo 2018 di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia