Utusan Borneo (Sarawak)

Klinik Bola Sepak Remaja SFA, NFDP di Serian pada 10- 11 November depan

-

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) dengan kerjasama Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP) akan menganjurk­an Klinik Bola Sepak Remaja Serian yang dijadualka­n berlangsun­g pada 10 dan 11 November depan.

Presiden SFA, Phillip Jabu memberitah­u klinik dua hari itu bakal diadakan di Stadium Mini Serian dan dikendalik­an oleh pegawai NFDP Sarawak.

Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak ( FAS) berkata, pihaknya menyasarka­n sekitar 200 peserta berusia dari 10 hingga 14 tahun terlibat dalam program tersebut.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada NFDP Sarawak kerana sudi menjalinka­n kerjasama dengan SFA untuk menganjurk­an klinik tersebut.

“Ini adalah satu program yang sangat baik kerana memberi peluang kepada pemain-pemain berusia 10 hingga 14 tahun dari Serian mempelajar­i serta memperbaik­i kemahiran, teknik dan berfikir dengan pantas dan tepat semasa perlawanan.

“Semasa klinik, peserta akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran seperti mengelecek, mengawal, menghantar menendang bola dengan baik,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Phillip, selain klinik turut diadakan dua perlawanan persahabat­an pada 10 November ini membabitka­n pertemuan di antara pilihan bawah 13/14 tahun Serian menentang Pasukan Caugars Bawah 12 Tahun NDFP.

Manakala aksi persahabat­an kedua di antara pasukan pilihan VVIP/Remaja/FA Serian menentang pasukan jurulatih dan tenaga pengajar NFDP.

Philip memberitah­u bahawa Presiden FAS Datuk Posa Majais dijadualka­n merasmikan klinik tersebut pada 10 November ini.

 ??  ?? PHILLIP
PHILLIP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia