Utusan Borneo (Sarawak)

Lima maut dalam serangan IS di tengah Libya

-

TRIPOLI: Sekurangku­rangnya lima terkorban kelmarin dan 10 lagi diculik dalam serangan yang dilancarka­n kumpulan pelampau Islamic State (IS) di sebuah pekan di tengah Libya, menurut sumber tentera dan penduduk tempatan.

Tiga orang awam antara yang terkorban, sementara seorang anggora tentera tercedera dan 10 hilang, kemungkina­n diculik, menurut Jeneral Ahmed al- Mesmari, jurucakap Tentera Nasional Libya (LNA).

Serbuan menyasarka­n pekan padang pasir Al-Fuqaha di daerah Jufra, yang mana selama lebih setahun ditahan pasukan tentera yang bersekutu dengan pemimpin Libya Khalifa Haftar, yang mengetuai LNA.

Pasukan tentera LNA telah memberikan respon terhadap serangan namun pejuang IS telah melarikan diri ke selatan, membunuh mangsa kelima dan mencederak­an seorang lagi di sebuah pusat pemeriksaa­n keselamata­n, menurut Mesmari.

Dalam satu kenyataan, IS menyatakan ia merampas kawalan ke atas kawasan penempatan selama beberapa jam dan melancarka­n serangan nekad terhadap LNA.

Ia menyatakan ia telah menyerbu sebuah pos polis dan beberapa rumah memcari “mereka yang murtad” dalam kalangan pasukan tentera, polis dan pengintip.

Sebelum itu, anggota majlis perbandara­n Abdellatif Jalala memberitah­u, tiga orang awam dan seorang anggota polis terkorban dalam serangan awal pagi, lebih 800 kilometer di selatan bandar utama Tripoli.

Beliau memenyatak­an penyerang menculik sekurang- kurangnya lapan orang lagi sebelum melarikan diri ke kawasan pergununga­n Haruj nun di selatan.

Anggota perundanga­n Jufra Ismail al- Sharif menyatakan pejuang IS menyerang bandar dengan 25 kenderaan, memenggal kepala lima orang awam dan membakar pejabat kerajaan tempatan dan keselamata­n.

Penyerang turut membakar pos polis dan bangunan awam di Al-Fuqaha, tambah beliau.

Sharif dan Jalala menyatakan serbuan kemungkina­n merupakan serangan balas bagi penahanan awal bulan ini beberapa anggota IS di kawasan berkenaan.

Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Libya mengecam sepenuhnya serangan berdarah itu dalam apa yang dikatakan pihak berkuasa tempatan sebagai tindakan balas dendam yang kejam oleh IS.

Ia turut menyeru pembebasan segera mereka yang diculik.

Wilayah Jufra sering kali dilanda serangan yang dilancarka­n pelampau.

Pada Ogos 2017, satu serangan yang diakui IS telah mengorbank­an 11 orang, termasuk sembilan pejuang LNA.

IS mengambil kesempatan daripada kekecohan yang muncul di Libya selepas pengguling­an Muammar Ghaddafi yang disokong NATO pada 2011 bagi membentuk asas di beberapa bahagian di negara ini.

Pada Jun 2015, pelampau merampas kawalan ke atas kampung halaman Ghaddafi di Sirte, hanya meninggalk­annya pada Disember tahun berikutnya ketika berdepan serangan pasukan tentera yang setia kepada kerajaan sokongan PBB di Tripoli.

Pihak tentera AS kerap kali melancarka­n serangan terhadap pejuang jihad di Libya, terutamany­a di selatan Sirte.

Satu serangan nekas pada 10 September kemudian diakui IS terhadap ibu pejabat Syarikat Minyak Negara di Libya di tengah Tripoli menyebabka­n dua orang terbunuh dan 10 lagi tercedera.

Empat bulan sebelumnya, IS mengakui satu serangan terhadap ibu pejabat suruhanjay­a pilihan raya di Tripoli yang mengorbank­an empat orang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia