Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain bola sepak Brazil dibunuh kejam

-

SAO PAULO: Bola sepak Brazil mengalami kejutan kelmarin selepas pihak berkuasa mengumumka­n kematian pemain tengah Daniel Correa, 24, yang ditemui mati dalam keadaan mengerikan.

Kelab asalnya Sao Paulo FC yang disertainy­a pada 2015, memberikan penghormat­an kepada Correa dengan para pemainnya bertafakur sebelum berlatih kelmarin.

Kelab Brazil lain dan para pemain turut memberikan penghormat­an.

Correa dipinjamka­n kepada divisyen kedua Sao Bento sebelum ditemui mati.

Sao Paulo menyatakan mangsa ditemui mati pada hujung minggu lalu.

Pihak polis di selatan Parana menyatakan mayat Correa ditemui di zon pinggir bandar utama Curitiba pada Sabtu lepas.

Pihak berkuasa menyatakan siasatan mengenai kematianny­a adalah terkini dan anggota keluargany­a akan disoal siasat.

Sumber polis memberitah­u akhbar Folha de S.Paulo bahawa leher Correa dikelar dengan pisau besar sehinggaka­n kepalanya hampirhamp­ir terputus.

Bahagian kemaluanny­a turut dikerat.

Brazil adalah salah sebuah negara paling kejam di dunia di mana pada tahun lepas satu rekod seramai 63,880 orang telah dibunuh, nisbah kirakira 30.8 bagi setiap 100,000 pendudukny­a.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggap kadar pembunuhan lebih besar daripada 10 bagi setiap 100,000 rakyat sebagai permulaan bagi keganasan endemik.

Pernah dilihat sebagai prospek bagi kelab gergasi Brazil Cruzeiro, kelab utama wilayah asalnya Minas Gerais, Correa membuat penampilan profesiona­lnya dalam Botafogo di Rio de Janeiro pada 2013 di samping pemain terkenal Belanda Clarence Seedorf.

Memiliki bakat menggelece­k, para peminat menggelarn­ya ‘Daniel Messi’. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia