Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek bom mel didakwa di Miami

-

MIAMI: Lelaki yang dituduh menghantar bom mel kepada pegawai kanan Demokrat dan pengkritik Presiden Donald Trump hadir kelmarin di mahkamah persekutua­n Miami, yang akan membawa kepada ekstradisi­nya ke New York.

Cesar Sayoc, 56, hadir di depan Hakim Daerah AS Edwin Torres selepas penahanann­ya pada Jumaat lepas berhubung penghantar­an sekurangku­rangnya 15 keping sampul manila mengandung­i bom buatan sendiri, tetapi tiada satu pun yang telah meletup.

Dengan rambut serabut diikat ekor kuda dan memakai pakaian seragam penjara kuning gelap, Sayoc tidak banyak bercakap semasa perbicaraa­n ringkas itu.

Dia berbisik perlahan “Saya sayangkan kamu” kepada seseorang di dalam bilik mahkamah yang sesak.

Hakim menetapkan satu lagi perbicaraa­n pada Jumaat bagi menentukan sama ada tertuduh dibenar untuk parol dan menilai kemungkina­n pemindahan Sayoc ke New York.

Peguam bela Daniel Aaronson meminta supaya andaian anak guamnya untuk tidak bersalah dihormati.

Sayoc meggunakan haknya untuk terus berdiam diri.

“Dia tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan tiada sesiapa yang mampu, di dalam mahkamah undangunda­ng, untuk menyatakan bom itu dihantar olehnya,” menurut Aaronson.

Pihak berkuasa menghalang bungkusan mencurigak­an ke15 yang sebelum itu ditemui di sebuah pejabat pos di Atlanta, yang ketiga ditujukan kepada CNN, mennurut presiden rangkaian tersebut Jeff Zucker.

S a y o c m e r u p a k a n penyokong penuh semangat Trump yang mana menurut rakan-rakannya berpendapa­t ekstremis dan tinggal dalam van yang dipenuhi pelekat pro-Trump dan anti-liberal.

Dia telah menghantar bom mel kepada, antara lainnya, bekas presiden Barack Obama dan bekas setiausaha negara Hillary Clinton, lawan Trump daripada Parti Demokrat pada pilihan raya presiden lepas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BEBAS SEMENTARA: Aaronson bercakap kepada media di luar Mahkamah Daerah Persekutua­n untuk Daerah Selatan Florida selepas menghadiri pendengara­n kes Sayoc di Miami, Florida kelmarin.
— Gambar AFP BEBAS SEMENTARA: Aaronson bercakap kepada media di luar Mahkamah Daerah Persekutua­n untuk Daerah Selatan Florida selepas menghadiri pendengara­n kes Sayoc di Miami, Florida kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia