Utusan Borneo (Sarawak)

Hina presiden, lelaki Zimbabwe dibenar ikat jamin

-

BULAWAYO: Mahkamah Zimbabwe membebaska­n dengan ikat jamin seorang lelaki yang ditahan kerana menghina presiden ketika memberikan keterangan di depan sebuah suruhanjay­a yang menyiasat tentang kejadian yang menyaksika­n enam orang awam ditembak mati semasa menyertai bantahan pascapilih­an raya pada Ogos lepas, menurut peguam kelmarin.

Pihak pendakwa raya menyatakan Wisdom Mkwananzi, 32, menunjuk ke arah potret rasmi Presiden Emmerson Mnangagwa yang digantung pada dinding dewan di mana suruhajaya tersebut sedang mendengar bukti daripada beberapa saksi, dan menyatakan: “Saya menjadi yatim piatu disebabkan oleh lelaki ini. Beliau telah membunuh ibu bapa saya.”

Dia menuduh Mnangagwa mengetuai Gukurahund­i, serangan kerajaan pada 1980 yang didakwa kumpulan hak asasi menyebabka­n sekurangku­rangnya 20,000 suspek penentang kerajaan telah dibuuh.

Mkwananzi dibebaskan dengan ikat jamin As$200, menurut Kumbirai Mafunda, jurucakap Peguam Untuk Hak Asasi Manusia Zimbabwe.

“Dia didakwa melawan pentadbira­n presiden, menyerang anggota polis semasa penahanann­ya dan berbohong semasa bersumpah,” kata Mafunda.

Mkwananzi merupakan orang terbaharu yang didakwa menghina Mnan- gagwa.

Awal bulan ini, Alexander Chidzedzer­e ditangkap di pekan utara Kariba atas tuduhan melawan arahan presiden selepas menyatakan parti pemerintah ZANUPF memenangi piliha raya umum pada 30 Julai melalui penipuan.

Pada Mei lepas, John Mahlabera, 36, pegawai di penjara Chiredzi di wilayah selatan Masvingo, diarahkan hadir pada perbicaraa­n disiplin selepas dikatakan menggelar pemimpin pembangkan­g utama Nelson Chamisa “presiden saya” dalam media sosial.

Pada Ogos, seorang pengkritik presiden yang terkenal, Munyaradzi Shoko, mendapati dakwaan terhadapny­a digugurkan selepas ditahan seketika kerana mengeluar- kan kenyataan dalam Facebook bahawa nama presiden secara umumnya dikaitkan dengan kejahatan dan perbuatan jahat.

Mnangagwa mengambil alih daripada pemerintah selama ini Robert Mugabe selepas pengambila­lihan kuasa seketika oleh tentera pada November 2017 dan beliau seterusnya memenangi pilihan raya presiden.

Semasa pemerintah­an Mugabe, tangkapan atas dakwaan menghina presiden adalah biasa.

Peguam hak asasi manusia menyatakan tahun ini bahawa sejak 2010 mereka mewakili kira-kira 200 orang yang ditangkap dan didakwa kerana meghina atau membantah pentadbira­n presiden. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia