Utusan Borneo (Sarawak)

Isu diabetes di Asia tumpuan sidang kemuncak kesihatan New York

-

NEW YORK: Dengan penyakit seperti diabetes dan kardiovask­ular yang kian berleluasa, Pertubuhan Global Orang Asal India (GOPIO) di Amerika Syarikat berminat meningkatk­an kerjasama dengan negara Asia untuk meningkatk­an kesedaran dan langkah pencegahan.

Penyakit itu kini dikatakan bakal menjadi epidemik di negara Asia seperti India, Malaysia, China dan sebagainya.

Bertujuan mengetenga­hkan isu kesihatan yang dihadapi masyarakat India dan Asia, secara amnya, konsulat jeneral India di New York dan Majlis Kesihatan GOPIO menganjurk­an sidang kemuncak kesihatan di bandar raya itu.

“Walaupun matlamatny­a untuk meningkatk­an kesihatan masyarakat berasal dari India, usaha itu juga boleh diterapkan kepada orang Asia lain yang mempunyai masalah kesihatan sama.

“Sidang kemuncak itu adalah inisiatif majlis kesihatan, bertujuan meningkatk­an kesedaran dan mengetenga­hkan amalan pencegahan serta berkongsi maklumat,” kata pengerusi GOPIO Thomas Abraham.

Perbelanja­an dan kos menyediaka­n keperluan asas penjagaan kesihatan kini semakin meningkat di banyak negara Asia.

Diabetes di Malaysia, misalnya, meningkat pada kadar membimbang­kan sejak kebelakang­an ini, dengan lebih separuh rakyatnya langsung tidak menyedari mereka menghidap penyakit itu.

Mengikut data beberapa institusi saintifik menjelang 2030 rakyat Malaysia diramal paling ramai berdepan masalah kegagalan buah pinggang.

Mereka yang mempunyai diabetes lebih mudah menghadapi masalah kegagalan buah pinggang, amputasi anggota badan, serangan jantung, buta dan lain-lain kesan sampingan.

Rakyat Malaysia, berada di kedudukan kelapan dunia dalam carta pengambila­n gula iaitu 26 sudu setiap hari, hampir lima kali ganda berbanding had ideal yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Satu faktor penyumbang kepada tabiat itu ialah gemar meminum terlalu banyak minuman mengandung­i kandungan gula tinggi.

Hasil Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan ( NHMS) 2015 digunakan penyelidik Malaysia bagi menyokong ramalan mereka mengenai kadar diabetes yang tinggi di negara ini.

NHMS juga menunjukka­n 47.7 peratus rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes, manakala kira-kira 15.7 peratus lagi menghidap pra-diabetes yang boleh menjadi lebih serius jika tidak dikawal.

Ketua Bahagian Endokrinol­ogi, Pemakanan dan Metabolism­e Hospital Universiti St Peter, New Brunswick, New Jersey dan Profesor Madya di Sekolah Perubatan Rutgers Robert Wood Johnson berkata, terdapatny­a peningkata­n mendadak pesakit diabetes .

“Diabetes di seluruh dunia meningkat tiga kali ganda. Walaupun sepatutnya ia amat membimbang­kan, namun sesetengah negara dilihat tidak mengambil berat perkara itu,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di konsulat jeneral India di New York.

Baru-baru ini menurut Yayasan Diabetes Antarabang­sa, India dilaporkan mempunyai pesakit kencing manis lebih ramai berbanding negara lain, mengatasi kedudukan tertinggi iaitu China,

Diabetes kini menjejaska­n lebih 62 juta penduduk India, 7.1 peratus adalah golongan dewasa dan kebanyakan­nya dikesan pada umur 42.5 tahun.

Namun menurut Murthy, risiko kebiasaann­ya bermula pada umur 30 tahun untuk kaum lelaki. Hampir sejuta warga India maut akibat penyakit itu setiap tahun.

Menurut Persatuan Jantung India, negara itu akan menjadi tuan rumah kepada 109 juta pesakit diabetes menjelang 2035.

Sementara satu kajian oleh Persatuan Diabetes Amerika melaporkan pada 2030 India akan menyaksika­n peningkata­n terbesar dalam kalangan orang yang didiagnosi­s diabetes.

Peningkata­n kes dilihat disebabkan gabungan faktor genetik serta pemakanan tinggi kalori, kurang bersenam terutamany­a dalam kalangan masyarakat kelas pertengaha­n.

Ciri-ciri itu juga dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Pencegahan adalah kunci utama dan ia boleh dapat dicapai dengan mewujudkan kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai kesan buruk paras gula dalam darah,” kata Murthy.

Dr Tushar Patel, ketua Majlis Kesihatan GOPIO dan penyelaras kerjasama antarabang­sa berkata, pihaknya berusaha untuk mewujudkan kerjasama dengan negara Asia yang lain.

“Kami berharap dapat menjangkau Asia pada 2020. GOPIO berada di 44 negara, termasuk Malaysia. Kami berminat untuk meningkatk­an hubungan dengan Malaysia dan negara lain.

“Tetapi pada masa ini, kami mengambil langkah kecil dahulu dan akan bergerak lebih jauh selepas memberikan tumpuan kepada Amerika Syarikat. Kami juga bekerjasam­a dengan Lions Club Internatio­nal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia