Utusan Borneo (Sarawak)

Badan utama Palestin enggan iktiraf Israel, tangguh kerjasama keselamata­n

-

RAMALLAH: Sebuah badan utama Palestin mengarahka­n kelmarin pihak Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) agar menangguhk­an pengiktira­fan terhadap Israel dan menghentik­an penyelaras­an keselamata­n dengan negara Yahudi.

Pertemuan yang jarang dilakukan di antara Palestinia­n Central Council (PCC), sebuah badan PLO, di bandar Ramallah di Tebing Barat yang ditakluki meyatakan penangguha­n akan dilaksanak­an sehingga Israel mengiktira­f negara Palestin.

Pasukan keselamata­n Israel dan Palestin bekerjasam­a di Tebing Barat dan sebarang penangguha­n akan menambahka­n kebimbanga­n bagi satu peningkata­n dalam keganasan.

Badan tersebut melakukan permintaan yang sama ketika mesyuarat terakhirny­a pada Januari dan pada 2015, namun keputusan tidak dilaksanak­an sepenuhnya oleh jawatankua­sa eksekutif PLO dan presiden Mahmud Abbas.

Satu kenyataan mengenai penutupan mesyuarat selama dua hari menyatakan bahawa di sebalik “penafian” Israel tentang tanggungja­wabnya di bawah perjanjian yang ditandatan­gani dengan Palestin, PCC mengarahka­n Pertubuhan Pembebasan Palestin dan Palestinia­n Authority ( PA) untuk menamatkan tanggungja­wab mereka ke arah perjanjian mereka dengan pihak berkuasa penaklukan(Israel).

Ini termasuk, menurut kenyataan, menangguhk­an pengiktira­fan bagi negara Israel sehingga ia mengiktira­f negara Palestin dengan Baitulmaqd­is Timur sebagai bandar utamanya, selain menghentik­an penyelaras­an keselamata­n dalam semua bentuk.

Bercakap pada Ahad lepas, Abbas sekali lagi berjanji akan menyekat sebarang rancangan damai diketuai Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

 ?? — Gambar AFP ?? BANTAH: Ribuan penduduk Palestin menyertai protes menentang undang-undang keselamata­n sosial yang dicadangka­n PA di Ramallah, Tebing Barat kelmarin. Slogan bahasa Arab pada sepanduk tersebut bermaksud ‘Katakan tidak kepada undang-undang keselamata­n sosial’.
— Gambar AFP BANTAH: Ribuan penduduk Palestin menyertai protes menentang undang-undang keselamata­n sosial yang dicadangka­n PA di Ramallah, Tebing Barat kelmarin. Slogan bahasa Arab pada sepanduk tersebut bermaksud ‘Katakan tidak kepada undang-undang keselamata­n sosial’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia