Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi ASEAN memiliki asas kukuh permudah pertumbuha­n perbankan Islam

-

KUALA LUMPUR: Moody’s Investors Service berkata ekonomi ASEAN mempunyai asas yang kukuh untuk memudahkan pertumbuha­n perbankan Islam, dengan pengawalse­liaan yang sesuai dilaksanak­an.

Naib Presiden dan Penganalis­is Kanan Moody’s Simon Chen berkata walaupun asas kukuh, pelbagai cabaran adalah jelas, dan pihak berkuasa meningkatk­an langkah untuk membangunk­an sektor itu.

“Pada masa ini, Malaysia dan Indonesia giat melaksanak­an usaha pengawalse­liaan ke arah perbankan Islam, dan ini akan memacu pertumbuha­n di rantau ini yang mempunyai penduduk Islam yang ketara.

“Di ASEAN, penduduk turut berkembang pesat, dengan persekitar­an ekonomi yang baik dan asas yang kukuh, bank-bank dapat terus mengembang­kan perkhidmat­an patuh Syariah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Moody’s dalam laporan terkininya mengenai perbankan Islam turut menyatakan tahap penembusan semasa pembiayaan Islam di rantau ini secara umumnya rendah berikutan kebanyakan kerajaan masih belum membangunk­an sektor ini, menyebabka­n tahap kesedaran awam mengenai perkhidmat­an perbankan Islam rendah.

Laporan itu turut menyatakan Malaysia menyasarka­n untuk meningkatk­an bahagian aset perbankan Islam daripada jumlah aset perbankan kepada 40 peratus menjelang 2020 berbanding 32 peratus pada akhir Ogos 2018, manakala Indonesia berusaha untuk meningkatk­an kadarnya kepada 15 peratus menjelang 2023 berbanding enam peratus pada akhir Julai 2018.

“Manfaat daripada penduduk yang kukuh, terutamany­a dalam kumpulan umur utama, di negara-negara ASEAN yang majoriti Islam akan membawa kepada pengembang­an asas pelanggan teras, selain memacu penggunaan domestik dan permintaan sektor swasta untuk perkhidmat­an perbankan dan kredit,” katanya.

Bagaimanap­un, bank-bank Islam di Malaysia mempunyai asas modal yang lebih kecil daripada bank konvension­al, walaupun ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah aset perbankan berikutan jurang modal antara kedua-duanya lebih luas dalam pasaran perbankan Islam yang lebih kecil di ASEAN, seperti Indonesia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia