Utusan Borneo (Sarawak)

Masih dalam peringkat awal dan masih berusaha meraih keuntungan

-

KUALA LUMPUR: iPay88 Holding Sdn Bhd mengesyork­an agar kerajaan memperkena­lkan cukai berasaskan keuntungan yang lebih membina dan bukannya berasaskan industri digital secara menyeluruh yang berkemungk­inan diumumkan dalam Belanjawan 2019 pada Jumaat ini.

Pengasas Bersama merangkap Pengarah Eksekutifn­ya, Chan Kok Long dalam satu kenyataan semalam berkata ini memandangk­an industri digital di Malaysia masih belum bersedia pelaksanaa­n cukai digital ketika sektor terbabit masih berusaha meraih keuntungan.

“Industri teknologi kewangan (fintech) misalnya telah mengubah industri kewangan dan cara perniagaan dijalankan. Namun, para penggiat industri masih dalam peringkat melabur dalam perniagaan berbanding mencatat keuntungan,” katanya.

Çhan turut menyifatka­n industri digital Malaysia masih dalam peringkat awal dan kebanyakan syarikatny­a terus berusaha untuk mencatat pulangan.

Sehubungan itu, beliau berkata sebarang langkah pelaksanaa­n cukai ke atas industri baharu sebaliknya hanya meru- gikan Malaysia apabila para pesertanya beralih ke lokasi lain seperti di negara jiran.

“Pelaksanaa­n cukai digital pada masa ini akan menyekat inovasi dan pertumbuha­n industri berbanding kehadiran penggiat asing ke dalam pasaran,” katanya.

Sambil mengakui keperluan kerajaan untuk melakukan kutipan cukai, Chan berkata Malaysia sewajarnya melaksanak­an cukai yang berasaskan keuntungan berbanding berasaskan industri itu secara menyeluruh.

“Sebagai contoh, penggiat antarabang­sa itu yang perlu dikenakan cukai kerana mereka sudah sedia berjaya sehingga mampu berkembang ke pelbagai negara.

“Kami juga percaya, kerajaan perlu menetapkan cukai keuntungan berasaskan margin bagi membolehka­n industri itu berkembang kepada ekonomi yang maju.

“Selain itu, kami juga berharap kerajaan akan melakukan kajian mendalam terhadap industri ini serta cabaran yang ada sebelum bertindak memperkena­lkan cukai digital dan tidak menyekat pertumbuha­n sektor ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia