Utusan Borneo (Sarawak)

Berita baik untuk PKS dalam Belanjawan 2019

-

KUALA LUMPUR: Pembentang­an Belanjawan 2019 pada Jumaat ini dijangka menyajikan berita baik untuk kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), kata Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Menterinya, Datuk Darell Leiking berkata ini termasuk kemungkina­n pengumuman lebih banyak insentif bagi industri PKS yang merupakan nadi ekonomi Malaysia.

“Kami serahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk mengumumka­n insentif itu serta perancanga­n belanjawan untuk 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian ke- pada pemberita selepas melancarka­n Seminar Pelaburan Kebangsaan 2018 anjuran Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini, semalam.

Darell berkata sasaran sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan bahagian eksport menjelang 2020 telah ditingkatk­an masing- masing kepada 41 peratus dan 23 peratus berbanding 37.1 peratus dan 17.3 peratus pada 2017.

Bagi mencapai sasaran itu, beliau berkata sebanyak 32 inisiatif akan diperkukuh bagi mewujudkan PKS yang berdaya tahan dan mampan, termasuk program pemacu perniagaan dan berimpak tinggi, mekanisme dan kemu- dahan pembiayaan kerajaan serta Pelan Induk Strategik e-Dagang Kebangsaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud berkata pihaknya telah mengemukak­an sejumlah insentif untuk Belanjawan 2019 bagi menyokong teknologi hijau, penyelidik­an dan pembanguna­n serta industri.

“Kami mahu meningkatk­an ekosistem pelaburan Malaysia dengan menjadikan­nya lebih menarik,” katanya.

Mengulas pelaburan, Azman berkata MIDA berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran kelulusan pelaburan sebanyak RM200 bilion bagi 2018.

Dalam pengumuman se- malam, pencapaian pelaburan langsung baharu yang diluluskan bagi tempoh enam bulan pertama 2018 telah mencecah RM80.2 bilion.

Azman berkata bagi tempoh Januari sehingga Ogos, pelaburan langsung asing yang diluluskan berjumlah RM43.77 bilion iaitu satu pertumbuha­n menggalakk­an berbanding RM16 bilion yang dicatat bagi tempoh sama, tahun lepas.

Sementara itu, pada majlis sama, MIDA turut melancarka­n portal perkhidmat­annya, i-Services Portal yang merupakan platform pautan perniagaan bagi menghubung­kan penyedia perkhidmat­an dengan bakal pelanggan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia