Utusan Borneo (Sarawak)

Cukai Warisan akan terus melembapka­n pasaran hartanah

-

KUALA LUMPUR: Pengenalan Cukai Warisan adalah tidak sesuai untuk diperkenal­kan buat masa sekarang kerana ia akan melemahkan pasaran hartanah, kata persatuan industri hartanah.

Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS) berkata jika cukai warisan dicadangka­n dalam Bajet 2019, ambang minimum yang dikenakan sepatutnya berada pada RM10 juta dan kadar pewarisan sebanyak lima peratus pada RM10 juta dan ke atas.

Persatuan difahamkan bahawa kerajaan bercadang untuk melaksanak­an cukai warisan dan cukai keuntungan harta tanah bagi menampung kekurangan hasil akibat penarikan balik cukai barang dan perkhidmat­an, termasuk untuk mengurangk­an beban hutang serta liabiliti sebanyak RM1.087 trilion.

“Bagaimanap­un, melihat kepada kelembapan dalam kitaran sektor hartanah sekarang ini, jika cukai itu dilaksanak­an, ia akan terus menjejaska­n pasaran hartanah dan tidak sesuai untuk diperkenal­kan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

PEPS ketika bercakap mengenai cukai keuntungan harta tanah, berkata walaupun tiada bukti ke atas spekulasi yang diberikan, pasaran telah melembap sejak dua tahun lepas.

Oleh itu, PEPS mengesyork­an struktur cukai harta tanah semasa (semakan terakhir pada 2015) dikekalkan sehingga pasaran hartanah stabil.

Dalam Bajet 2018 dulu, cadangan untuk menambah kadar duti setem kepada empat peratus daripada tiga peratus untuk hartanah yang melebihi RM1 juta, yang sepatutnya berkuatkua­sa pada 1 Jan 2018, telah ditangguhk­an.

“Bagi Bajet 2019, disebabkan pasaran hartanah masih belum pulih, kami cadangkan kadar empat peratus itu ditangguhk­an untuk setahun lagi.

“Sehingga 1 Jan 2017, kerajaan telah mengecuali­kan duti setem hartanah 100 peratus untuk pembeli rumah kali pertama membabitka­n hartanah yang mencecah sehingga RM300,000.

“Pengecuali­an itu telah berakhir pada 31 Dis 2018. PEPS berharap kerajaan akan meningkatk­an had pengecuali­an duti setem 100 peratus bagi hartanah berharga sehingga RM500,000 untuk memudahkan dan meningkatk­an lagi permintaan harta tanah di bawah RM500,000,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia