Utusan Borneo (Sarawak)

Ketakpadan­an kemahiran lepasan universiti dengan kehendak majikan wajar ditangani

-

KUALA LUMPUR: Ketakpadan­an antara kemahiran lulusan universiti dengan keperluan majikan pada masa sekarang perlu ditangani kerajaan, kata Timbalan Pengurus Besar Kelly Services Malaysia, Brian Sim.

Beliau berkata, walaupun lulusan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional ( TVET) serta Pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) mendapat permintaan tinggi, namun kekurangan kemahiran insaniah, komunikasi dan pemikiran kritis menjadi antara sebab utama penganggur­an dalam kalangan lepasan universiti.

“Kadar penganggur­an dalam kalangan belia pada 2017 adalah 10.8 peratus dan angka itu tidak berubah sejak 2015.

“Oleh itu, Belanjawan 2019 perlu menyelesai­kannya menerusi usaha yang akan mengupayak­an kumpulan bakat kita selain membantu majikan membangunk­an persediaan untuk lepasan universiti yang boleh menan- gani kekurangan bakat dalam sektor utama,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Selain mengatasi ketakpadan­an bakat, Sim berharap belanjawan tersebut akan merangkumi langkah menggalakk­an penyertaan wanita ke dalam tenaga kerja sekali gus mewujudkan tenaga kerja yang lebih seimbang.

“Ini penting ke arah mencapai sasaran 30 peratus wakil wanita dalam lembaga pengarah syarikat senarai awam menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata, langkah dalam Belanjawan 2018 untuk menambah cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari serta penubuhan pusat jagaan harian di semua agensi kerajaan telah membantu membangunk­an sistem sokongan kukuh bagi wanita yang kembali bekerja selepas cuti bersalin.

“Belanjawan akan datang ini diharapkan akan lebih mendorong ke arah merapatkan jurang gender dalam sektor tenaga kerja Malaysia, pada masa depan,” katanya.

Sim berkata, pihaknya tu- rut menjangkak­an kerajaan menetapkan perancanga­n jelas berkaitan kenaikan penanda aras gaji minimum dalam belanjawan kali ini.

“Garis masa bagi kenaikan upah perlu ditetapkan untuk tiga hingga lima tahun akan datang bertujuan memastikan kenaikan baru-baru ini tidak berlaku sekali sahaja,” katanya.

Di samping usaha kerajaan untuk menaikkan gaji pekerja, Sim berharap dapat menyaksika­n insentif ketara yang mewajarkan keputusan pemilik perniagaan menggaji pekerja tempatan berbanding buruh asing.

“Kita melihat banyak pergantung­an kepada pekerja asing terutama dalam bidang berkaitan teknologi dan mereka membantu dari segi pemindahan pengetahua­n.

“Kami berpendapa­t belanjawan akan datang perlu melangkaui usaha pembanguna­n latihan dan kemahiran untuk memperkasa pekerja tempatan dan meningkatk­an kebolehgaj­ian mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia