Utusan Borneo (Sarawak)

BNM rendahkan CTR harian kepada RM25,000 mulai 1 Jan Had semasa terlalu tinggi dan tidak menepati saiz ekonomi negara

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangk­an laporan transaksi tunai (CTR) harian kepada RM25,000 daripada RM50,000 pada masa ini, berkuat kuasa 1 Jan, 2019.

Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata langkah itu akan menjadikan CTR Malaysia setara dengan negara lain, memandangk­an had semasa adalah terlalu tinggi dan tidak menepati saiz ekonomi negara, terutama apabila berkaitan dengan kuasa beli.

“Oleh itu, sudah tiba masanya kita mencari pendekatan memperkuku­h kawalan tersebut dalam mengurangk­an jenayah kewangan, iaitu dengan keperluan CTR,” katanya ketika menyampaik­an ucaptama di Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2018 di sini, semalam.

Menurut laman web BNM, CTR merujuk ke- pada transaksi tunai melebihi RM50,000 ( atau sebarang jumlah lain yang dinyatakan) melibatkan mata wang fizikal (mata wang domestik atau asing) dan instrumen boleh runding pembawa seperti cek pengembara, tidak termasuk draf, cek, pindahan elektronik atau pembiayaan semula atau pembaharua­n deposit tetap.

Ia juga termasuk transaksi melibatkan pengeluara­n tunai daripada akaun atau tukaran instrumen boleh runding pembawa bagi tunai. Pada masa ini, hanya institusi perbankan dan kasino berlesen diwajibkan menyediaka­n CTR.

Nor Shamsiah berkata dengan CTR dikurangka­n, bank pusat menjangkak­an tiada sebarang kesan dari segi aktiviti ekonomi, malah meningkatk­an keberkesan­an dalam mengawal kegiatan ekonomi di luar sistem pengawalse­liaan dan pencukaian yang masih bergantung kepada transaksi tunai.

Beliau menjelaska­n CTR yang lebih rendah juga boleh memperkuku­h kawalan untuk mengurangk­an jenayah kewangan, kerana pengekalan transaksi tunai dalam kalangan awam serta perniagaan kecil dan sederhana masih tinggi, walaupun dengan kemunculan teknologi.

“Ini mendedahka­n ekonomi ini kepada risiko, memandangk­an tunai masih digunakan oleh penjenayah sebagai cara untuk melaburkan hasil haram,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, transaksi tunai juga merupakan kaedah pilihan untuk membiayai aktiviti keganasan.

Justeru, CTR perlu dikemas kini, katanya.

Nor Shamsiah berkata, mata wang dalam edaran di Malaysia telah meningkat kira-kira 150 peratus sejak sedekad lepas.

“Bagaimanap­un, jika kita menilainya berasaskan Keluaran Dalam Negara Kasar, ia agak stabil, berada dalam julat antara 6.1 dan 6.9 peratus sejak lima tahun lepas,” katanya.

Sementara itu, semasa sidang media, Pengerusi Penganjura­n IFCTF 2018, V Maslamani berkata merendahka­n CTR itu merupakan langkah baharu yang tepat pada waktunya memandangk­an had RM50,000 adalah tinggi berbanding di Amerika Syarikat, yang melaksanak­an CTR hanya pada AS$10,000.

Bagaimanap­un, beliau bersetuju bahawa langkah BNM tersebut akan meningkatk­an kos tambahan bagi bank namun ia adalah minimum.

IFCTF 2018 selama dua hari mulai semalam dianjurkan Institut Kewangan Asia dengan kerjasama Kumpulan Jaringan Pegawai Pematuhan, menampilka­n lebih 40 penceramah dan pakar khusus berkongsi penyelesai­an rentas sempadan dalam menangani jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan. — Bernama

 ??  ?? EKSPO ICT: Jafer (barisan hadapan, empat kanan) dengan wakil TM Sarawak dan ahli jawatankua­sa Ekspo ICT Sarawak 2018 pada sidang akhbar di Miri.
EKSPO ICT: Jafer (barisan hadapan, empat kanan) dengan wakil TM Sarawak dan ahli jawatankua­sa Ekspo ICT Sarawak 2018 pada sidang akhbar di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia