Utusan Borneo (Sarawak)

MITI ambil langkah tangani isu CRC

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri ( MITI) telah mengambil langkah untuk menangani isu yang dihadapi oleh pengeluar gegelung bergulung sejuk (CRC) tempatan, termasuk memudahkan perbincang­an antara mereka, ‘galvaniser’ dan ‘coater’.

Dalam kenyataan semalam, MITI berkata pada pertemuan itu, pengguna akhir memberikan komitmen mereka untuk menyokong pengeluar tempatan dengan membeli lebih banyak CRC tempatan.

“Bagaimanap­un, keputusan muktamad mengenai pembelian sebarang produk adalah keputusan perniagaan dan kerajaan tidak boleh campur tangan,” katanya ketika mengulas mengenai artikel dalam sebuah akhbar tempatan.

Dalam artikel itu, penggiat industri CRC tempatan mendakwa langkah untuk melindungi industri, seperti mengenakan duti import untuk menghentik­an peningkata­n import CRC dan lambakan keluli murah, masih belum dilaksanak­an.

Sementara itu, MITI berkata terdapat remedi perdaganga­n untuk melindungi kepentinga­n industri domestik daripada amalan perdaganga­n yang tidak adil, berdasarka­n undang-undang dan peraturan sedia ada.

“Dalam hal ini, kerajaan boleh menjalanka­n siasatan atau semakan untuk menentukan kewujudan, tahap dan kesan daripada sebarang lambakan yang didakwa semasa penyerahan petisyen bertulis oleh industri domestik yang mengeluark­an produk sedemikian,” katanya.

Sejak 2006, MITI berkata Malaysia telah menjalanka­n tujuh siasatan antilambak­an ke atas produk besi dan keluli, iaitu rod dawai keluli, plat timah, gegelung bergulung panas, gegelung bergulung sejuk, gegelung keluli bersalut warna pra dicat, keluli tahan karat bergulung sejuk dan ‘galvanised iron’, dan enam daripada langkah itu masih dalam tindakan.

“Kerajaan menyedari industri menghadapi pelbagai cabaran selama ini untuk kekal kompetitif dan relevan, berdasarka­n faktor seperti kemasukan import, lebihan kapasiti dan penggantia­n import.

“MITI akan terus memantau perkembang­an semasa dan melaksanak­an tindakan mengikut undang- undang dan perundanga­n negara, termasuk memberi respons kepada sebarang aktiviti lambakan yang dijalankan oleh syarikat di negara-negara yang menerima kesan daripada kenaikan tarif ke atas produk keluli di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah baru- baru ini,” menurut MITI. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia