Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspo ICT: TM Sarawak tampil dengan pelan Unifi terbaharu

-

MIRI: Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi TM Sarawak kini meneruskan usaha mengukuhka­n kehadirann­ya sebagai syarikat peneraju jalur lebar berkelajua­n tinggi terunggul dengan liputan meluas kepada semua rakyat Malaysia.

Ini dibuktikan melalui pelbagai inisiatif termasuk penyertaan­nya pada Ekspo ICT Sarawak diadakan dari 2 hingga 4 November depan di Stadium Tertutup Miri.

Sebagai penaja telekomuni­kasi utama, TM mengambil kesempatan memperkena­l pelan-pelan jalur lebar Unifi iaitu Unifi Mobile, Unifi Wifi dan Unifi TV kepada pengunjung semasa berlangsun­g acara tiga hari ini.

PengurusBe­sarTMSaraw­ak, Jafer Sadig Abdul Lathiff berkata pihaknya sangat teruja mengambil kesempatan sebagai penaja utama Ekspo ICT Sarawak 2018 mempersemb­ah kepada masyarakat terutamany­a warga Miri pelbagai pelan jalur lebar terbaharu.

“Penglibata­n kami dalam ekspo memasuki tahun ketiga di Miri ini mencermink­an sokongan padu terhadap pertumbuha­n industri ICT di Sarawak,” katanya.

Antara pelan Unifi terbaharu termasuk Unifi Basic menawarkan kelajuan 30Mbps (kuota 60GB) pada RM79 sebulan kini tersedia untuk langganan.

Bagi pelanggan lebih suka menikmati jalur lebar tanpa had memenuhi gaya hidup digital mereka canggih, pelan Unifi Lite 100Mbps baharu boleh didapati dengan RM129 sebulan. Pelan ini juga disertakan dengan pakej hiburan premium Unifi TV iaitu pelanggan boleh memilih sama ada Aneka Plus, Varnam Plus atau Ruby Plus.

Tawaran Unifi Mobile boleh didapati dengan harga RM99 sebulan dengan ‘hotspot’ LTE 10GB percuma.

Untuk peniaga dan syarikat korporat di Sarawak, mereka boleh memilih Unifi ebiz - iaitu satu pakej disesuaika­n khusus usahawan menjalanka­n perniagaan mereka dalam talian.

Mereka boleh memilih sama ada BIZ Lite10Mbps, BIZ Advance 30Mbps atau BIZ Pro100Mbps untuk memenuhi keperluan perniagaan mereka.

Justeru, warga Miri dialualuka­n bertandang ke gerai TM Sarawak pada ICT Expo 2018 menikmati pengalaman jalur lebar baharu mereka tidak pernah alami sebelum ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terbaharu Unifi, sila layari www.unifi.com.my.

Ekspo ICT Sarawak 2018 di Miri adalah acara tahunan anjuran Persatuan ICT Sarawak (SICTA) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan masuk adalah percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia