Utusan Borneo (Sarawak)

Perbelanja­an kerajaan bagi 2019 dijangka berkurang kepada 19.2 peratus daripada KDNK

-

KUALA LUMPUR: OCBC Bank menjangka perbelanja­an keseluruha­n dalam Bajet 2019 akan berkurang kepada 19.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019 daripada anggaranny­a sebanyak 19.7 peratus pada 2018.

Dalam satu nota, Ahli Ekonomi OCBC Bank, Alan Lau berkata, perbelanja­an pembanguna­n kerajaan berkemungk­inan jatuh kira-kira lapan peratus atau RM3.5 bilion pada 2019 berbanding tahun sebelumnya, terutama disebabkan oleh rasionalis­asi perbelanja­an di Jabatan Perdana Menteri dan penguranga­n kos untuk projek mega.

Beliau berkata, penjimatan kos yang dicapai kerajaan daripada kajian semula projek Transit Aliran Ringan 3 dan Transit Aliran Massa 2 menunjukka­n komitmen mereka untuk mengurangk­an perbelanja­an.

“Kerajaan mungkin akan terus mencapai penjimatan kos di bidang lain, tetapi mungkin mengambil masa,” katanya.

Sementara itu, Lau berkata, perbelanja­an lain yang mungkin ditanggung kerajaan termasuk memansuhka­n hutang yang tidak perlu yang dikenakan ke atas peneroka FELDA dan memperkena­lkan langkah alternatif untuk menangani tol.

Perbelanja­an operasi, sebaliknya, mungkin terjejas berikutan peningkata­n keperluan untuk mengekalka­n harga bahan api seperti RON95 pada RM2.20 seliter kerana kerajaan mungkin masih melaksana subsidi pukal pada 2019, memandangk­an mereka mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk melaksanak­an program subsidi bersasar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia