Utusan Borneo (Sarawak)

BAKAT LUAR BIASA

Albot Gudang ‘pelukis etnik’ hasilkan corak motif Sarawak pada daun kering.

- — Gambar Bernama

KUCHING: Melukis di atas sebuah kanvas itu adalah perkara biasa, tetapi jika seseorang itu boleh melukis pada daun kering dengan menghasilk­an lukisan corak, khasnya motif Sarawak, ia memang luar biasa.

Usahawan kraf tangan tempatan, Albot Gudang, 46, yang menganggap dirinya sebagai ‘pelukis etnik’ sedang mencuri tumpuan apabila menunjukka­n kebolehann­ya melukis pada sekeping daun kering itu tanpa menggunaka­n sebarang peralatan canggih.

Sentuhan lelaki berketurun­an Bidayuh dari Kampung Bobak, Singgai, daerah Bau itu terhadap lukisannya dengan sekadar menggunaka­n sebatang berus lukisan dan dakwat hitam memang cukup unik dan menarik.

Bahkan lukisan yang diolahnya pada dompet, topi dan beg tangan yang diperbuat daripada kulit kayu bukan saja kelihatan menawan, malah ia nampak seolah-olah lukisan ‘hidup’.

“Kraf tangan yang dihasilkan oleh saya adalah daripada sumber alam seperti kulit kayu, daun kering, tempurung kelapa dan kulit kerang digunakan untuk menjadi kraf tangan dan lukisan corak motif Sarawak,” katanya kepada Bernama di Festival Kraf Sarawak di Tebingan Kuching di sini semalam.

Albot berkata beliau turut menerima tempahan daripada ‘The Ranee Gallery’ dan ‘EO Gallery’, yang merupakan butik fesyen di Sarawak, seperti kraf tangan jaket dan dompet yang diperbuat daripada kulit kayu untuk dipasarkan di galeri dan untuk pertunjuka­n fesyen.

Harga jualan kebiasaann­ya tidak mencecah lebih daripada RM100.

Katanya semasa membuka gerai jualan di festival tahun ini, ramai pengunjung yang datang membeli bukan sahaja daripada warga tempatan.

“Malah ramai juga daripada pengunjung dan peserta Regata Sarawak dari Singapura dan Thailand kerana mereka amat tertarik dengan hasil kraf tangan dan lukisan Sarawak pada kulit kayu yang dilukis padanya,” tambahnya.

Festival Kraf Sarawak 2018 yang berlangsun­g di Tebingan Kuching dari 26 Oktober hingga 4 November ini adalah sempena Regata Sarawak 2018. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? KREATIF: Albot menunjukka­n hasil lukisan corak motif Sarawak pada topi yang diperbuat daripada kulit kayu dengan hanya menggunaka­n sebatang pemberus lukisan dan dakwat hitam di Festival Kraf Sarawak semalam.
— Gambar Bernama KREATIF: Albot menunjukka­n hasil lukisan corak motif Sarawak pada topi yang diperbuat daripada kulit kayu dengan hanya menggunaka­n sebatang pemberus lukisan dan dakwat hitam di Festival Kraf Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia