Utusan Borneo (Sarawak)

The Crew sasar 1 juta tontonan di YouTube lagu ‘Pengeran Ati’

- Oleh Reno Benjamin

LAGU berjudul ‘Pengeran Ati’ daripada The Crew kini dalam misi mencipta rekod tersendiri dalam industri muzik Dayak, dengan meletakkan sasaran 1 juta tontonan di YouTube sebelum akhir tahun ini.

Single terbaharu The Crew itu telah ditonton sebanyak 30,000 kali dalam masa hanya dua hari sejak dimuat naik pada 1 Ogos lepas.

Difahamkan, dalam tempoh sebulan lagu itu telah ditonton hampir 500,000 kali.

Ketua kumpulan The Crew, Abdul Razis Mahsin @ Ajis The Crew meletakkan harapan tinggi agar lagu ‘Pengeran Ati’ mendapat 1 juta tontonan sebelum akhir tahun.

“Terima kasih kepada semua kerana telah memberikan sokongan di mana dalam masa dua hari sahaja, lagu ‘Pengeran Ati’ ini telah ditonton sebanyak 30,000 kali.

“Misi kita seterusnya untuk mencapai 1 juta tontonan sebelum akhir tahun ini,” ujarnya kepada Utusan Borneo.

Sehingga 30 Oktober, lagu ciptaan Ajis The Crew dan lirik oleh CT Projam ini telah ditonton 847,190 kali di YouTube.

Kejayaan itu turut meletakkan lagu ‘Pengeran Ati’ antara lagu Iban yang paling pantas mendapat tontonan yang tinggi dalam masa singkat.

Sementara itu, lagu yang menjulang nama The Crew iaitu ‘Nagai Agi,’ yang dimuatkan dalam album pertama sehingga kini mendapat 937,501 tontonan sejak dimuat naik pada 12 Mei 2013.

Sebuah lagi single mereka iaitu ‘Ayas Nuan’ mendapat 505,690 tontonan, sejak dimuat naik di YouTube pada 26 September 2017.

Lagu ini turut tersenarai pada Anugerah Carta Siapa Juara (ACSJ) tahun depan.

Menurut Ajis, mereka tidak menyangka lagu tersebut mendapat perhatian daripada peminat setia The Crew serta peminat lagu-lagu Iban.

Difahamkan, lagu itu turut menarik perhatian peminat muzik daripada kaum lain, termasuk dari Perak dan Sabah.

Sehubungan itu ujar Ajis, mereka turut menyediaka­n sari kata dalam bahasa Melayu dalam klip video lagu ‘Pengeran Ati’ atas permintaan ramai.

“Atas permintaan, kita sediakan sari kata dalam bahasa Melayu bagi yang tidak faham bahasa Iban,” ujarnya.

Menyentuh lanjut mengenai lagu ‘Pengeran Ati,’ penggambar­an sebahagian daripada klip video lagu itu dibuat di Bali, Indonesia.

Klip video ini dijayakan oleh pelakon seperti Linda Kennedy (Kumang BDCF 2016), Fiq The Crew, Hairee Francis, Edwin, CT Projam, Felixson serta Ajis Projam.

Ajis berkata, dengan pendekatan itu dapat memberi sedikit kelainan kepada klip video The Crew berbanding klipklip video lagu mereka sebelum ini.

Beliau juga memberitah­u, lagu tersebut akan dimuatkan dalam album baharu The Crew yang kemungkina­n akan berada di pasaran tahun depan.

“Teruskan memberi sokongan kepada The Crew untuk memberi semangat kepada kita untuk terus berkarya,” katanya yang juga pemain gitar kumpulan.

The Crew akan menemui serta menghiburk­an peminat di Kenyalang Pub & Karaoke, Miri pada 2 dan 3 November ini.

Untuk perkembang­an lanjut mengenai The Crew, boleh mengikuti Instagram The Crew Sibu serta Facebook The Crew (live band).

 ??  ??
 ??  ?? BARISAN PELAKON: (Dari kiri) Ajis, Fiq, Linda dan Syah yng menjayakan klip video lagu ‘Pengeran Ati.’
BARISAN PELAKON: (Dari kiri) Ajis, Fiq, Linda dan Syah yng menjayakan klip video lagu ‘Pengeran Ati.’
 ??  ?? FOKUS: Pengambara­n klip video lagu ‘Pengeran Ati’ sedang dilakukan.
FOKUS: Pengambara­n klip video lagu ‘Pengeran Ati’ sedang dilakukan.
 ??  ?? KOMEN: Antara komen peminat yang telah menonton klip video lagu ‘Pengeran Ati.’
KOMEN: Antara komen peminat yang telah menonton klip video lagu ‘Pengeran Ati.’
 ??  ?? TULANG BELAKANG: Ajis The Crew mencari idea bagi lagu terbaharu The Crew di Projam Music Studio.
TULANG BELAKANG: Ajis The Crew mencari idea bagi lagu terbaharu The Crew di Projam Music Studio.
 ??  ?? THE CREW
THE CREW
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia