Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat bayi nahas jet Lion Air ditemui

Cebisan anggota badan manusia dan barangan turut dikumpul dari tempat kejadian

-

JAKARTA: Pasukan mencari Indonesia semalam menemui mayat seorang bayi dan lebih banyak cebisan mayat di tempat kejadian nahas jet Lion Air yang terjunam ke dalam laut bersama 189 orang di dalamnya, ketika laporan menyatakan ia mengalami masalah peralatan sehari sebelumnya.

Pesawat Boeing-737 MAX itu yang baharu beberapa bulan lepas digunakan, terhempas di laut Jawa beberapa ketika selepas juruterban­gnya meminta kebenaran untuk kembali ke Jakarta kelmarin.

Penerbanga­n JT 610 memecut laju ketika ia tiba-tiba hilang altitud sebelum hilang dari radar selama 13 minit selepas berlepas, dengan pihak berkuasa menyatakan beberapa saksi melihat jet itu terjunam ke dalam air.

Puluhan penyelam terlibat dalam usaha pencarian.

Pasukan mencari telah megisi sepuluh beg mayat dengan anggota badan dan cebisan mayat, Muhammad Syaugi, ketua agensi mencari dan menyelamat negara Indonesia memberitah­u Metro TV, menyatakan mereka akan dibawa ke Jakarta untuk dikenal pasti dan ujian DNA.

Mayat seorang bayi adalah antara mereka yang ditemui, menurut timbalan ketua polis negara Ari Dono Sukmanto.

Sebanyak 14 beg lagi dipenuhi cebisan mayat, manakala kasut, pakaian dan dompet antara barangan yang ditemui.

“Kami berharap kami dapat melihat badan utama pesawat, semua benda di atas permukaan air telah dikumpulka­n,” kata Syaugi.

Jawatankua­sa Keselamata­n Pengangkut­an Negara(NTSC) di Indonesia menyatakan terdapat 178 penumpang dewasa, seorang kanak-kanak, dua bayi, dua juruterban­g dan enam kru kabin di dalam pesawat JT 610 itu.

Antara mereka kapten pesawat dari India, 20 pekerja kementeria­n kewangan Indonesia, dan Andrea Manfredi, bekas pelumba basikal profesiona­l dari Itali.

Agensi mencari dan menyelamat menolak kemungkina­n menemui mana-mana mang- sa terselamat lewat kelmarin, memetik penemuan anggota badan yang mencadangk­an satu nahas dengan impak tinggi di dalam air sedalam kira-kira 30 hingga 40 meter di luar pantai kepulauan Jawa.

“Kami memberikan keutamaan untuk mencari bangkai utama pesawat dengan menggunaka­n lima kapal perang yang dilengkapi sonar bagi mengesan besi di dalam air,” menurut Yusuf Latif, jurucakap agensi mencari dan menyelamat Indonesia.

Kedua-dua alat perakam suara di kokpit da perakam data penerbanga­n, yang boleh menjadi bahagian bukti utama, belum lagi ditemui.

Pesawat dalam laluan ke bandar Pangkal Pinang, kawasan persinggah­an bagi pelancong yang menggemari pantai dan sinaran matahari di pulau berhampira­n Belitung, ketika ia terputus hubungan jam 6.30 pagi waktu tempatan.

Lion Air menyatakan pesawat itu baharu memulakan perkhidmat­annya pada Ogos lepas.

Juruterban­g dan pembantu juruterban­g memiliki lebih 11,000 jam masa penerbanga­n di antara mereka serta telah menjalani pemeriksaa­n perubatan serta ujian dadah, tambahnya.

Ketua Lion Air Edward Sirait kelmarin memaklumka­n pesawat itu mempunyai isu teknikal yang tidak dimaklumka­n dan dibaiki di Bali sebelum diterbangk­an balik ke Jakarta, lantas menyifatka­nnya sebagai prosedur biasa.

Sebuah buku log teknikal mengandung­i sebuah peralatan bacaan kelajuan udara yang tidak boleh dipercayai dalam pesawat Bali-Jakarta pada Ahad lepas dan bacaan altitud yang berlainan dalam peralatan kapten dan pegawai pertama, menurut Sunday BBC.

Salinan beberapa dokumen teknika Lion Air telah disebarkan­dalam media sosial, namun kesahihann­ya tidak dapat segera disahkan.

Syarikat tidak membalas panggilan telefon yang ingin mendapatka­n komen.

Boeing menghentik­an pembebasan 737 MAX hanya beberapa hari sebelum penghantar­an komersial pertamanya pada tahun lepas disebabkan oleh isu berkaitan enjin, meurut laman peilaian produk dan keselamata­n penerbanga­n airlinerat­ings. com.

Ia menyatakan enjin pesawat itu merupakan produk usaha sama antara General Electric yang berpusat di Amerika Syarikat (AS) dan Safran Aircraft Engines dari Perancis.

Lion Air, syarikat penerbanga­n bajet terbesar di Indonesia yang terlibat dalam perluasan besar, meungumumk­an awal tahun ini ia aka membeli 50 jet Boeing 737 MAX 10 dengan nilai AS$6.24 bilion.

Industri perjalanan udara di Indonesia berkembang pesat dengan jumlah penumpang domestik bertanbah dengan ketara sejak dekad lepas, namun ia mempunyai reputasi kurang baik dan pesawat tersebut sebelum ini telah diharamkan dari ruang udara AS dan Eropah.

Lion terlibat dalam beberapa insiden termasuk satu nahas maut pada 2004 dan satu pertembung­an di antara dua pesawat Lion Air di lapangan terbang Soekarno-Hatta di Jakarta.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PILU: Sanak saudara penumpang mangsa nahas Lion Air JT610, menangis ketika menunggu giliran untuk menyerahka­n sampel DNA di Hospital Bhayangkar­a R. Said Sukanto di Jakarta, semalam.
— Gambar Reuters PILU: Sanak saudara penumpang mangsa nahas Lion Air JT610, menangis ketika menunggu giliran untuk menyerahka­n sampel DNA di Hospital Bhayangkar­a R. Said Sukanto di Jakarta, semalam.
 ?? — Gambar Reuters ?? KEMAS KINI: Pekerja penyelamat menyusun barangan milik mangsa nahas Lion Air JT610 di pelabuhan Tanjung Priok di Jakarta, semalam.
— Gambar Reuters KEMAS KINI: Pekerja penyelamat menyusun barangan milik mangsa nahas Lion Air JT610 di pelabuhan Tanjung Priok di Jakarta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia