Utusan Borneo (Sarawak)

GRADUAN BERSEMANGA­T WAJA

Mangsa kemalangan berjaya menamatkan pengajian, genggam Ijazah Sarjana Muda.

- Oleh Patricia Gari

KOTA SAMARAHAN: Kehilangan ibu tersayang dan kecederaan parah dialami Nina Bayang selepas terlibat dalam nahas jalan raya lebih setahun lalu tidak melunturka­n semangatny­a untuk menamatkan pengajian.

Ini terbukti apabila beliau berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Kognitif) pada Majlis Konvokesye­n Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-22 semalam.

Nahas yang turut meragut nyawa sepupunya itu berlaku di Simpang Bajau berhampira­n Saratok pada petang 26 Januari 2017 apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan SUV ketika dalam perjalanan dari Saratok ke Spaoh.

Kemalangan itu juga telah menyebabka­n Nina, 28, patah tangan kiri dan kaki kanan, selain beberapa tulang rusuknya retak dan terdapat darah beku di kepala.

“Ibu meninggal di tempat kejadian... sepupu saya juga (meninggal dunia).

“Secara jujur, pada mulanya memang saya berasa putus asa untuk meneruskan pengajian selepas kehilangan orang tersayang sekelip mata dan kecederaan parah yang saya alami,” katanya sambil menangis ketika ditemui selepas menerima ijazahnya semalam.

“Ketika itu hanya doa penenang hati dan kehadiran ayah sentiasa di sisi memberi semangat untuk saya terus hidup dan meneruskan pengajian,” tambahnya dalam nada sebak.

Nina berkata disebabkan kecederaan dialaminya, dia terpaksa bercuti selama dua semester dan bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak selama beberapa bulan.

Graduan itu berkata, disebabkan beberapa keretakan pada tulang kaki bermula dari pinggang hingga lutut, doktor pakar memasang besi (titanium) dari paras pinggang hingga lutut dan tangan kirinya.

“Saya susah nak bergerak dan duduk pun susah. Kalau saya nak pergi kelas, kena lihat dulu kelas kat mana, kalau di tingkat atas terpaksa minta kelas diadakan di tingkat bawah.

“Saya lebih banyak mendapatka­n maklumat tambahan secara dalam talian kerana tidak boleh pergi ke CAIS (Pusat Perkhidmat­an Maklumat Akademik),” katanya.

Kini keadaan Nina bertambah baik dan dia hanya menggunaka­n topang untuk bergerak, namun pergerakan­nya masih terbatas.

Di sebalik kekangan itu, dia tidak pernah putus asa malah menyimpan impian menamatkan pengajian dengan jayanya.

Malah, dia tidak pernah menagih simpati orang ramai apatah lagi terpaksa mengurus dirinya sendiri dan memandu dari rumah dibeli ayahnya di Bandar Baru Samariang, Petra Jaya untuk ke kampus.

Ini kerana katanya, abangnya tinggal di Johor atas tuntutan kerja, manakala ayahnya perlu menjaga neneknya yang sakit di kampung.

“Saya cekalkan hati, kuatkan semangat kerana mahu menamatkan pengajian dengan berjaya dan didedikasi­kan khas untuk mendiang ibu,” katanya.

Ditanya mengenai perancanga­n masa depannya, Nina berkata beliau akan memikirkan perkara itu buat masa ini kerana mahu memberi tumpuan kepada keadaan kesihatann­ya.

“Tengoklah nanti selepas saya menjalani pembedahan mengeluark­an besi dari kaki saya pada 5 November ini.

“Sekarang saya mahu memfokus kepada kesihatan saya dahulu,” katanya.

 ??  ?? TABAH: Nina ketika berkongsi keperitan hidupnya kepada wakil media selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Kognitif) pada Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-22.
TABAH: Nina ketika berkongsi keperitan hidupnya kepada wakil media selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Kognitif) pada Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-22.
 ??  ?? KONGSI GEMBIRA: Nina bersama ayah dan abangnya di luar DeTAR Putra UNIMAS selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Kognitif) pada Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-22.
KONGSI GEMBIRA: Nina bersama ayah dan abangnya di luar DeTAR Putra UNIMAS selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Kognitif) pada Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-22.
 ??  ?? BERJAYA: Nina selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Kognitif) Majlis Konvokesye­n Ke-22 UNIMAS.
BERJAYA: Nina selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Kognitif) Majlis Konvokesye­n Ke-22 UNIMAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia