Utusan Borneo (Sarawak)

PEMASANGAN KERUSI BAYI DALAM KERETA DIWAJIBKAN 2020

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamata­n bayi dalam setiap kereta persendiri­an pada 2020, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, sebelum ia dilaksanak­an secara mandatori, pihaknya akan menjalanka­n beberapa program kesedaran tentang kepentinga­n kerusi keselamata­n bayi kepada orang ramai sepanjang tahun depan.

“Sepatutnya, perancanga­n untuk mewajibkan pemasangan kerusi keselamata­n bayi adalah pada tahun ini, tetapi selepas perbincang­an dengan MIROS (Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia), kami dapati industri ini belum bersedia (dari segi) tidak cukup bekalan, tidak cukup stok dan kami juga mahu memastikan kos (kerusi bayi) lebih mampu (untuk pembeli),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Majlis Keselamata­n Jalan Raya (MKJR) Ke-59 di sini, semalam.

Katanya pihaknya telah mengemukak­an cadangan kepada Kementeria­n Kewangan (MOF) agar tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) terhadap pembelian kerusi keselamata­n bayi supaya harganya lebih murah.

“Diharapkan MOF menerima cadangan kami dan sekiranya terdapat sebarang pengumuman positif, kami berharap ia akan diumumkan Jumaat ini,” kata Loke.

Sementara itu, MAT MKJR Ke-59 merupakan platform bagi anggota jawatankua­sa untuk mengetahui dan menilai pengurusan keselamata­n jalan raya pada setiap tahun serta membentang­kan cadangan meningkatk­an keselamata­n jalan raya melalui forum dan sidang pleno.

Antara anggota MKJR yang terlibat ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ). — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia