Utusan Borneo (Sarawak)

IPD BAU AKAN PERHEBAT OPERASI TANGANI JENAYAH RENTAS SEMPADAN

-

BAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau akan melipatgan­dakan operasi perbatasan Malaysia-Indonesia di daerah berkenaan dalam usaha mengurangk­an kegiatan jenayah rentas sempadan.

Demikian menurut Ketua Polis Daerah DSP Poge Nyaon yang turut memberitah­u pihaknya akan mengeratka­n lagi kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI).

“Sebagai contoh ialah di Serikin yang merupakan kawasan tumpuan ramai, jadi kita akan meningkatk­an lagi pengawasan di sana dan turut mengeratka­n lagi kerjasama dengan pasukan keselamata­n dari Indonesia (TNI).

“Kita sedia maklum juga, sempadan Bau-Kalimantan Barat adalah di bawah pengawasan ATM, namun kita tetap akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas jawatan Ketua Polis Daerah Bau yang sebelum ini disandang oleh ASP Damataries Lautin menggantik­an DSP Mohd Sabri Zainol di sini, semalam.

Poge yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pegawai Turus Ketenteram­an Awam (KDNKA) Sarawak juga memberitah­u akan menumpukan kepada Kepolisan Komuniti.

“Saya akan turun padang untuk berjumpa dengan ketua-ketua masyarakat, termasuk agensi kerajaan yang ada di daerah ini (Bau) dalam usaha untuk mengeratka­n lagi hubungan baik yang sedia ada,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberitah­u akan memperkasa­kan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) IPD Bau.

“Ini antara rancangan kita memandangk­an MPV merupakan barisan hadapan,” katanya.

Majlis serah terima tugas tersebut semalam disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak DCP Dato Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim.

 ??  ?? TERUS MAJU JAYA: Poge (kanan) menerima nota serah terima tugas daripada Damataries sambil disaksikan oleh Dzuraidi.
TERUS MAJU JAYA: Poge (kanan) menerima nota serah terima tugas daripada Damataries sambil disaksikan oleh Dzuraidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia