Utusan Borneo (Sarawak)

Melayu harus tekan pendidikan

Pendidikan akan menjamin masa depan orang Melayu yang lebih cerah, sentiasa relevan peredaran masa

-

Adalah amat membimbang­kan bilangan anak-anak Melayu yang mengikuti jurusan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) semakin berkuranga­n. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

KUCHING: Masyarakat Melayu di Sarawak harus menekankan pendidikan yang merupakan teras kepada pembanguna­n ummah, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga pengerusi Lembaga Amanah, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) berkata, pendidikan akan menjamin masa depan orang Melayu yang lebih cerah dan sentiasa relevan.

Menurutnya ia membuka ruang untuk orang Melayu meningkatk­an diri, keluarga dan masyarakat.

“Adalah amat membimbang­kan bilangan anak-anak Melayu yang mengikuti jurusan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) semakin berkuranga­n.

“Pencapaian pelajar-pelajar Melayu dalam peperiksaa­n kurang memuaskan dan di peringkat pengajian tinggi anakanak Melayu lebih cenderung mengambil kursus yang kurang permintaan dalam pasaran pekerjaan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar sempena merasmikan Seminar Budaya Melayu Sarawak Ke-7 (SBMS7) anjuran AKYBMS yang dihadiri Pengurus Besarnya Datu Dr Sanib Said yang juga pengerusi pengelola di sini, semalam.

Sehubungan itu kata beliau, peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan anak-anak mempunyai asas yang kukuh dalam pendidikan, mulai di peringkat pendidikan asas se- kolah rendah, menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi.

“Pelajar Melayu bukan sahaja perlu menguasai bahasa Melayu tetapi bahasa-bahasa lain terutama bahasa Inggeris yang menjadi bahasa ilmu pengetahua­n, teknologi dan perdaganga­n,” katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan pada masa yang sama menggalakk­an syarikat-syarikat Bumiputera termasuk orang Melayu untuk terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi seperti pembinaan, pembuatan, perkhidmat­an seperti pelanconga­n dan pertanian moden.

“Sebagai orang Melayu beragama Islam, kita hendaklah melihat kepada sektor ekonomi dalaman melalui wadah Baitulmal, zakat dan fitrah untuk dikembangk­an peranannya.

“Penubuhan Lembaga Kebajikan Khairat dan Wakaf perlu diperkasak­an dalam masyarakat Melayu,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau meminta kerjasama semua pihak dalammembe­ndungmasal­ahsosial yang berlaku terutama anak muda masyarakat Melayu.

“Kita harus menerima hakikat pada masa ini masyarakat kita menghadapi masalah sosial terutama sekali dalam kalangan anak muda apabila mereka terjebak dalam masalah penyalahgu­naan dadah, alkohol, lumba haram dan masalah sosial lain,” ujarnya.

Menurut Awang Tengah sekiranya perkara itu tidak dibendung, ia akan menjejaska­n kesinambun­gan pembanguna­n bangsa dan berharap ia dapat ditangani bersama.

 ??  ??
 ??  ?? SIMBOLIK:Awang Tengah memukul beduk sebagai simbolik perasmian Seminar Budaya Melayu Sarawak Ke-7 sambil disaksikan tetamu kehormat lain. Oleh Jessica Jawing
SIMBOLIK:Awang Tengah memukul beduk sebagai simbolik perasmian Seminar Budaya Melayu Sarawak Ke-7 sambil disaksikan tetamu kehormat lain. Oleh Jessica Jawing

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia