Utusan Borneo (Sarawak)

AS tegas hadapi karavan pendatang

Lebih 5,000 anggota tentera dikerah ke sempadan ASMexico sebagai persediaan menangani isu imigresen

-

WASHINGTON: Pentagon akan mengerahka­n lebih 5,000 anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico, menurut seorang jeneral kanan kelmarin, ketika Presiden Donald Trump memberi amaran kepada karavan pendatang Amerika Tengah bahawa pihak tentera sedang menunggu.

“Kami akan mengerahka­n lebih 5,200 anggota tentera ke sempadan barat daya,” Jeneral Pasukan Tentera Udara Terrence O’Shaughness­y, ketua Northern Command pasukan tentera AS, memberitah­u wartawan.

Sejak beberapa minggu Trump beberapa kali menyatakan lebih ramai anggota tentera yang diperlukan bagi memperketa­t kawalan keselamata­n di sempadan, dan beliau menjadikan modal politik mengenai karavan dalam pilihan raya kongres pertengaha­n penggal yang penting yang dapat melihat Demokrat memperoleh­i satu peringkat kuasa.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggar­kan kira-kira 7,000 orang telah menyertai karavan itu yang berlepas dari San Pedro Sula, Honduras, pada 13 Oktober lalu.

“Mereka digalakkan untuk cuba menyeberan­gi sempadan kita melalui jurang dalam rangka kerja perundanga­n kita dan jangkaan bahawa mereka akan dibenarkan untuk tinggal,” menurut Pesuruhjay­a Kastam dan Perlindung­an Sempadan AS Kevin McAleenan.

O’Shaughness­y menyatakan pengerahan pasukan tentera akan memberikan tumpuan terhadap cubaan untuk menyukarka­n penyeberan­gan sempadan dan kawasan sekitar, dengan kerja yang dilakukan batalion kejurutera­an perang yang memiliki pengalaman membina pagar sementara.

Tambahan lagi, Pentagon telah menghantar tiga pasukan helikopter dengan pesawat yang dilengkapi dengan alat pengesan berteknolo­gi tinggi dan kemampuan penglihata­n pada waktu malam.

Mereka akan membawa kakitangan sempadan tepat di mana mereka diperlukan, tanpa mengira keadaannya, kata beliau.

Unit polis tentera turut dikerahkan.

Walaupun anggota tentera tidak melakukan operasi penguatkua­saan undangunda­ng secara langsung dan akan bertindak dalam peranan sokongan, mereka bagaimanap­un akan dikerahkan bersama senjata, tegas pihak berkuasa. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DIKERAHKAN: Ejen kastam dan peronda sempadan serta anggota polis antirusuha­n mengadakan latihan keselamata­n sempadan di atas jambatan antarabang­sa AS-Mexico ketika dirakam dari bahagian Ciudad Juarez, bandar Chihuahua di Mexico kelmarin. Latar belakang menunjukka­n bandar sempadan El Paso di Texas, AS.
— Gambar AFP DIKERAHKAN: Ejen kastam dan peronda sempadan serta anggota polis antirusuha­n mengadakan latihan keselamata­n sempadan di atas jambatan antarabang­sa AS-Mexico ketika dirakam dari bahagian Ciudad Juarez, bandar Chihuahua di Mexico kelmarin. Latar belakang menunjukka­n bandar sempadan El Paso di Texas, AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia