Utusan Borneo (Sarawak)

Masjid baharu demi keselesaan, kemudahan penduduk Kampung Lintang dan sekitarnya

-

KUCHING: Masjid Darul Naim, Kampung Lintang yang berusia kira-kira 35 tahun dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembanguna­n masjid baharu yang lebih baik dan selesa untuk kemudahan penduduk kampung itu dan kawasan sekitarnya.

Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, projek pembinaan masjid baharu itu dijangka bermula hujung tahun ini dan siap pada 2020.

Menurutnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta untuk pembanguna­n masjid baharu tersebut yang bakal dibina di tapak masjid lama yang mula dirobohkan semalam.

“Masjid baharu ini apabila siap nanti bukan sahaja dapat menampung jemaah seramai 1,500 orang pada satusatu masa, tetapi turut akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

“Antara kemudahann­ya termasuk tempat melangsung­kan majlis pernikahan, ruang serba guna, bilik pengurusan jenazah dan sebuah bilik komputer untuk pengajaran kanak-kanak dan orang dewasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Sehubungan itu, Hasidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Menteri atas keprihatin­an beliau menyediaka­n tempat yang lebih selesa bagi penduduk kampung menunaikan solat berjemaah dan menuntut ilmu agama.

Untuk makluman, katanya, Dewan Serbaguna Kampung Lintang akan dijadikan premis sementara bagi penduduk kampung menunaikan ibadah sepanjang tempoh pembinaan masjid baharu tersebut.

Dalam perkembang­an lain, Hasidah memberitah­u penduduk kawasan DUN Samariang akan melihat sebuah lagi tebingan dibina dari Sungai Bedil hingga ke Kampung Lintang seterusnya ke Kampung Tanjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia