Utusan Borneo (Sarawak)

Perbincang­an lokasi markas antara ATM dan kerajaan negeri Sabah di peringkat akhir

-

KOTA KINABALU: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata pembinaan Markas 13 Briged di Lahad Datu dijangka dimulakan pada tahun hadapan.

Katanya perbincang­an mengenai lokasi markas berkenaan antara ATM dan kerajaan negeri Sabah kini pada peringkat akhir dan sekiranya semuanya berjalan lancar, pelancaran pembinaan kemudahan itu akan dilakukan pada tahun hadapan.

“Saya belum boleh menyebutka­n kos pembinaan markas itu kerana kami kena lihat dahulu tempat (pembinaan) markas itu dan sebagainya. Mungkin hujung tahun ini kami boleh muktamadka­n (mengenai kos) itu.

“Selalunya ( pembinaan markas tentera seperti itu) akan mengambil masa dua tahun,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Negeri di sini semalam.

Mengenai kemudahan anggota tentera yang bertugas di pulau-pulau khususnya di kawasan pantai timur Sabah Zulkifli berkata berdasarka­n lawatannya ke kawasan berkenaan, kemudahan itu masih bersesuaia­n untuk anggota keselamata­n menjalanka­n tugas.

Bagaimanan­apun katanya, sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) beliau dapati memang banyak perkara yang boleh ditambah baik bukan sahaja dari segi keselesaan anggota tetapi juga memastikan kemudahan berkenaan dapat beroperasi dengan baik.

“Kami perlu mengakui bahawa nak menambah baik ( kemudahan) memerlukan peruntukan yang tinggi. Jadi, memahami keadaan ekonomi negara, kami mesti sesuaikan dengan keadaan tersebut sebagai sebuah organisasi yang memahami akan peripentin­gnya nilai wang dalam apa sahaja yang akan dilaksanak­an,” katanya.

Bagaimanap­un, Zulkifli berkata keanggotaa­n pasukan keselamata­n di pantai timur Sabah setakat ini adalah mencukupi untuk mempertaha­nkan keselamata­n dan kedaulatan negara.

“Saya yakin keadaan keselamata­n kita terkawal. Anggota kita bersemanga­t menjalanka­n tugas dengan baik,” katanya.

Selain mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Zulkifli turut melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNJUK BAKAT: Tun Juhar (tengah) bersama Mohd Shafie Apdal menunjukka­n bakat bermain gitar ketika melawat Galeri Muzik Sabah Era 60-an dan 70-an selepas merasmikan pameran khas Dirgahayu Tuan Yang Terutama dan Muzik Retro Sabah Era 60-an dan 70-an di Kompleks Muzium Sabah semalam.
— Gambar Bernama TUNJUK BAKAT: Tun Juhar (tengah) bersama Mohd Shafie Apdal menunjukka­n bakat bermain gitar ketika melawat Galeri Muzik Sabah Era 60-an dan 70-an selepas merasmikan pameran khas Dirgahayu Tuan Yang Terutama dan Muzik Retro Sabah Era 60-an dan 70-an di Kompleks Muzium Sabah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia