Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu parah, lori terbakar selepas terbabas di Keningau

-

KENINGAU: Seorang pemandu lori parah selepas kenderaan dipandunya terbabas ketika menuruni sebatang jalan cerun di Ulu Bariawa, Jalan Kimanis jam 6.33 pagi semalam.

Pegawai Kanan Bomba Jaba- tan Bomba dan Penyelamat Keningau Tony Sipin berkata mangsa Ismail Dahlan, 49, sedang dalam perjalanan dari Pelabuhan Sepanggar untuk menghantar bekalan minyak diesel ke daerah pedalaman itu.

“Lori seberat 10 tan yang sarat dengan muatan minyak diesel itu terbakar sepenuhnya dan pihak bomba berjaya mengawal api pada jam 9 pagi,” katanya di sini semalam. — Bernama KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) kini dalam proses memohon kepada kerajaan untuk mendapatka­n sebuah kapal induk untuk memperkuku­hkan lagi aset APMM sedia ada demi keselamata­n perairan negara.

Ketua Pengarah APMM Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar berkata kapal induk berharga antara RM250 hingga RM300 juta berkenaan sesuai digunakan kerana mampu membawa enam buah bot pada satu-satu masa serta berupaya meningkatk­an keberkesan­an agensi dalam menghalang cubaan menceroboh perairan negara termasuk oleh nelayan asing.

“Kapal ini cukup besar... dan (memudahkan) penggunaan unmanned aerial vehicle (UAV). Dengan adanya kapal sedemikian, kami dapat mengawasi kawasan yang lebih luas. Apabila sampai ke tengah laut dalam jarak 140 batu nautika menggunaka­n kapal induk tersebut, kami akan turunkan not-bot itu dengan dipantau UAV yang kami terbangkan, kami akan dapat mengawal kawasan yang begitu luas sehingga 50 batu radius (dari kapal induk),” katanya.

Zulkifili berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah di sini semalam. Turut hadir Timbalanny­a, Datuk Mohd Zubil Mat Som dan Pengarah APMM Sabah Laksamana Muda (Maritim) Kamaruszam­an Abu Hassan.

Katanya kapal induk berkenaan mampu memantapka­n pengawasan perairan negara ini terutama menghalang kes penceroboh­an nelayan asing sekali gus menghalang negara ini daripada kehilangan kekayaan sumber marinnya disebabkan eksploitas­i nelayan asing.

Berdasarka­n maklumat daripada Jabatan Perikanan, Zulkifili berkata Malaysia kerugian antara RM3 bilion hingga RM6 bilion setahun akibat eksploitas­i sumber perikanan negara ini oleh nelayan asing termasuk dari negara Vietnam. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia