Utusan Borneo (Sarawak)

35 GELANDANGA­N DISELAMAT BAGI TEMPOH JAN-OKT

-

KUCHING: Seramai 35 gelandanga­n terdiri daripada 23 lelaki dan 12 wanita berjaya diselamatk­an bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini di seluruh negeri.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak (KWKPK) Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebanyak 30 operasi menyelamat gelandanga­n diadakan di seluruh negeri pada tahun ini berbanding 18 pada 2017 dan enam pada 2016.

“Bagi tahun ini sehingga 15 Oktober, seramai 35 gelandanga­n berjaya diselamatk­an daripada 30 operasi yang dilaksanak­an dengan golongan lelaki mencatatka­n peratusan tertinggi iaitu 65.7 peratus iaitu seramai 23 orang.

“Untuk makluman, Miri mencatatka­n jumlah operasi terbanyak iaitu tujuh kali diikuti Kuching (6) dan Sarikei (6), Sibu (4), Mukah (3) serta Bintulu dan Limbang masing-masing dua kali,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengeru­sikan taklimat sebelum operasi bersepadu menyelamat orang papa dan gelandanga­n di bandar raya ini, malam kelmarin.

Operasi anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat tersebut disertai kira-kira 120 anggota serta kakitangan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Antara objektif operasi tersebut ialah menangani gejala sosial berhubung dengan gelandanga­n serta melihat keperluan gelandanga­n dari segi ekonomi dan sosial dengan khidmat sokongan yang lain.

“Terdapat gelandanga­n yang telah kita selamatkan akan dimasukkan ke institusi kebajikan atau dihantar ke Anjung Singah, dan terdapat juga kita kembalikan kepada keluarga mereka serta dirujuk kepada hospital sekiranya perlu.

“Melalui operasi seperti ini juga akan memudahkan kita untuk mengenal pasti jenis gelandanga­n, di mana sekiranya mengalami masalah mental, maka kita akan rujuk kepada hospital mental dan jika mereka adalah warga asing, maka kita akan serahkan kepada JIM,” jelasnya.

Operasi malam kelmarin yang dibahagika­n kepada empat kumpulan dijalankan dari jam 7.30 malam hingga 1 pagi diadakan di sekitar Tebingan Kuching, Padungan, Kenyalang Park, Kota Sentosa, Kota Padawan serta Matang.

“Untuk di sini (Tebingan Kuching), dua lelaki (gelandanga­n) berjaya kita selamatkan di mana salah seorang yang dikenali sebagai Ali berusia lingkungan 30-an akan kita serahkan kepada Hospital Sentosa untuk pemeriksaa­n.

“Manakala, seorang lagi yang dikenali sebagai Lau berusia 63 tahun akan kita tempatkan di Anjung Singah, di Satok untuk tindakan selanjutny­a,” kata Fatimah.

Turut sama dalam operasi tersebut Setiausaha Tetap KWKPK Dr Saadiah Abdul Samat serta Pemangku Pengarah JKM Sarawak joni Nuruddin.

 ??  ?? PRIHATIN: Fatimah bercakap dengan gelandanga­n yang diselamatk­an dalam operasi malam kelmarin.
PRIHATIN: Fatimah bercakap dengan gelandanga­n yang diselamatk­an dalam operasi malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia