Utusan Borneo (Sarawak)

Polis terus komited perangi kegiatan judi haram

2,046 operasi dilaksana, nilai rampasan RM760,347 untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Polis terus komited memerangi kegiatan perjudian haram di negeri ini apabila berjaya merekodkan 2,046 operasi serta nilai rampasan mencecah RM760,347 untuk tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Demikian menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Denis Leong yang turut memberitah­u seramai 2,761 individu ditahan dalam operasi-operasi tersebut.

Menurutnya, daripada jumlah itu juga, 1,985 operasi mencatatka­n kejayaan.

“Operasi kita berterusan dan daripada 2,761 operasi yang dijalankan, sebanyak 1,985 berjaya iaitu terdiri 489 aktiviti perjudian atas talian, 1,383 operasi terhadap kegiatan menjual loteri haram dan 34 lagi terhadap kegiatan pertaruhan haram.

“Manakala kegiatan sabung ayam mencatatka­n 23 operasi, kegiatan perjudian terbuka di tempat awam sebanyak 33 operasi dan 23 operasi lagi terhadap premis yang disyaki menjalanka­n aktiviti perjudian haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, untuk mengelakka­n daripada kegiatan tersebut berulang, polis bekerjasam­a dengan Sarawak Energy Berhad untuk memutuskan bekalan elektrik di premis-premis yang didapati menjalani aktiviti perjudian.

“Kerjasama ini sudah dimulakan sejak Ogos lagi.

“Sebanyak 138 premis telah diputuskan bekalan elektrik di seluruh negeri, di mana 102 daripadany­a kerana menjalanka­n aktiviti menjual loteri haram dan 36 premis kerana menjalan aktiviti perjudian atas talian,” jelas Denis.

Justeru, beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan perjudian haram untuk melaporkan kepada Bilik Operasi Unit D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di talian 082-274213.

“Selain itu, pihak kami juga sentiasa menjalanka­n pemantauan dari masa ke semasa terutama premis yang sebelum ini pernah diserbu dan bekalan elektrikny­a telah dipotong.

“Ini untuk mengelakka­n mereka masih berdegil dan meneruskan operasi dengan turut membuat pendawaian atau sambungan elektrik secara haram,” tegasnya.

Sebanyak 138 premis telah diputuskan bekalan elektrik di seluruh negeri, di mana 102 daripadany­a kerana menjalanka­n aktiviti menjual loteri haram dan 36 premis kerana menjalan aktiviti perjudian atas talian. SAC Denis Leong Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak

 ??  ?? TINDAKAN: Polis bersama-sama SEB memutuskan bekalan elektrik sebuah premis yang disyaki menjalanka­n aktiviti perjudian haram.
TINDAKAN: Polis bersama-sama SEB memutuskan bekalan elektrik sebuah premis yang disyaki menjalanka­n aktiviti perjudian haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia