Utusan Borneo (Sarawak)

Reman enam hari terhadap dua lelaki disyaki pecah rumah, curi

-

MIRI: Dua lelaki yang ditangkap kerana disyaki melakukan pecah rumah dan curi diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman enam hari.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah mendengar permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Khairul Aini Jamaludin dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Khairul memberitah­u pada awal pagi, 1 November lalu, seorang lelaki telah membuat satu laporan polis dengan mendakwa rumah jirannya telah dipecah masuk pencuri.

Dalam aduannya, pengadu, 39, mendakwa sekitar jam 2.10 pagi hari sama, ketika berada di rumahnya di Taman Jelita, dia ada terdengar bunyi bising dan ternampak beberapa orang lelaki telah masuk ke rumah jiran sebelah yang ditinggalk­an kosong.

Melihat keadaan itu, pengadu segera menghubung­i pihak polis untuk mendapatka­n bantuan.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 3 pagi, 1 November, sepasukan anggota polis diketuai Inspektor Andrew Binjua JR yang bergegas ke tempat kejadian telah berjaya menangkap dua lelaki yang sedang bersembuny­i di dalam rumah jiran pengadu.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Dalam permohonan­nya, Khairul memohon reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas kedua- dua sus- pek yang berusia 32 dan 33 tahun masing-masing dari Kampung Pengkalan, Lutong dan Taman Ixora Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor untuk membolehka­n polis melengkapk­an siasatan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakap percakapan suspek dan juga mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

B a g a i m a n a p u n , mahkamah hanya membenarka­n reman enam hari sehingga 7 November ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia