Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya satu rang undang-undang akan dibentang: Asfia

KM akan bentang Rang Undang-Undang Perbekalan (2019), 2018 pada persidanga­n DUN bermula 5 hingga 14 November

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) yang bermula 5 hingga 14 November ini menyaksika­n hanya satu sahaja Rang Undang-Undang dibentangk­an, iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan (2019), 2018.

Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, rang undang-undang berkenaan akan dibentangk­an oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­an Ekonomi pada 5 November sebagai bacaan pertama.

“Hanya satu Rang UndangUnda­ng dibentangk­an pada persidanga­n kali ini iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan (2019), 2018.

“Ia akan dibentangk­an Ketua Menteri yang merupakan Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi pada 5 November sebagai bacaan pertama, sementara bacaan kedua juga pada 5 November dan bacaan ketiga pada 14 November,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Prapersida­ngan DUN yang dihadiri Abang Johari dan ahli-ahli kabinet negeri lain di Ibu Pejabat PBB di sini, semalam.

Tambah Asfia, sehingga 15 Oktober lepas, sebanyak 367 soalan bagi kedua-dua lisan dan bertulis telah diterima daripada 47 Ahli DUN ( ADUN) dengan Pejabat Ketua Menteri menerima pertanyaan tertinggi iaitu 68 soalan.

Beliau berkata, pecahan bagi soalan lisan pada sidang DUN kali ini adalah 50 pertanyaan kepada Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan, diikuti Kementeria­n Pembanguna­n Infras- truktur dan Pengangkut­an (47) sementara Pejabat Ketua Menteri (43).

“Ia diikuti sebanyak 36 pertanyaan kepada Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah, Menteri Utiliti (34), Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli (25) serta Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi (23).

“Bagi Kementeria­n Pelan- congan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan sebanyak 20 pertanyaan dikemukaka­n, Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan (7), Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak (5) dan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E- Perdaganga­n ( 1),” katanya.

Asfia berkata ia men- jadikan jumlah semua soalan lisan adalah 291 soalan yang dikemukaka­n oleh 42 wakil rakyat.

Mengenai soalan bertulis pula, keseluruha­n yang diterima 76 soalan daripada 10 wakil rakyat yang menyaksika­n Pejabat Ketua Menteri antara tertinggi iaitu 25 pertanyaan bertulis.

Daripada itu, sebanyak 14 pertanyaan bertulis kepada Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an ( 10), Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli (9) serta Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguan Wilayah (5).

Manakala Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak, Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi dan Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan masing- masing menerima tiga soalan bertulis.

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan EPerdagang­an, Kementeria­n Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi dan Kementeria­n Utiliti masing-masing satu pertanyaan bertulis.

“Pada persidanga­n ini sebanyak 23 laporan dan penyata kewangan, serta empat ‘command papers’ dan empat usul dibentangk­an,” kata Asfia.

Ia akan dibentangk­an Ketua Menteri yang merupakan Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi pada 5 November sebagai bacaan pertama, sementara bacaan kedua juga pada 5 November dan bacaan ketiga pada 14 November. Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar Speaker DUN

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Asfia bersama Timbalan Speaker DUN, Datuk Gerawat Gala (kiri) pada sidang media selepas mesyuarat Pra Persidanga­n DUN, semalam.
SIDANG MEDIA: Asfia bersama Timbalan Speaker DUN, Datuk Gerawat Gala (kiri) pada sidang media selepas mesyuarat Pra Persidanga­n DUN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia