Utusan Borneo (Sarawak)

Lawatan wakil rakyat ke London tiada kaitan dengan ‘Sarawak Exit’

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom menolak spekulasi bahawa lawatan sekumpulan wakil rakyat baru-baru ini ke London adalah untuk mendapatka­n beberapa dokumen rasmi dari ibu kota England itu.

Beliau mengesahka­n memang ada lawatan baru-baru ini bersama wakil rakyat negeri lain ke London, tetapi ia tiada kaitan dengan ‘Sarawak Exit.’

Menurutnya, mereka melawat ke Parlimen di sana sebagai sebahagian daripada lawatan belajar untuk membiasaka­n semua wakil rakyat dengan menjalanka­n pentadbira­n.

“Selain itu, mengenai perlembaga­an yang ditubuhkan, bagaimana parlimen berfungsi dan mereka (London dan Eng- land) mempunyai parlimen negara sementara Scotland dan Wales mempunyai parlimen yang tersendiri.

“Seperti bandar London, mereka mempunyai Datuk Bandar yang dipilih oleh rakyat London. Ia sangat demokratik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Prapersida­ngan DUN di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, semalam.

Mawan menambah bahawa mereka telah belajar mengenai bagaimana untuk memberi kuasa kepada orang ramai semasa lawatan itu.

Beliau bagaimanap­un terus menegaskan lawatan itu tiada kaitan dengan ‘Sarawak Exit.’

“Kami pergi ke sana (England) untuk belajar dan ia disertai hanya 10 orang dan ia bagus untuk wakil rakyat kerana mereka akan belajar sesuatu,” katanya.

Beliau berkata demikian diminta mengulas mengenai baru-baru ini paparan Facebook yang menunjukka­n beliau bersama wakil rakyat negeri lain baru-baru ini di London.

 ??  ?? MAWAN
MAWAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia