Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Sungai Tapang iktiraf pencapaian cemerlang pelajar dalam pelbagai bidang

-

KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Sungai Tapang di sini mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan 2018 sebagai usaha berterusan mengiktira­f pencapaian pelajarnya yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sungai Tapang Kho Kien Siong berkata, ia juga diadakan bagi memotivasi­kan pelajar agar terus maju dalam pelajar dan seterusnya mengharumk­an nama sekolah.

“Sebagai Yang Dipertua PIBG sekolah ini, saya ingin mengucapka­n syabas kepada semua guru dan juga, ibu bapa pelajar atas galakan dan didikan mereka untuk memastikan anak-anak mereka memperoleh kejayaan dalam pelajaran masing-masing.

“Dengan anugerah seperti ini, saya harap para pelajar lain dapat mencontohi mereka (pelajar) yang cemerlang bukan hanya dalam akademik bahkan juga, dalam bidang kokurikulu­m, sukan serta pembinaan sahsiah diri,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlan­gan 2018 di SMK Sungai Tapang di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an ahli- ahlinya termasuk ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah supaya terus bekerjasam­a dan memainkan peranan penting dalam memajukan SMK Sungai Tapang.

“Tanpa adanya komitmen dan kerjasama daripada anda semua, saya percaya usaha kita ini untuk memberikan pendidikan yang terbaik serta memastikan anak-anak berjaya dalam pelajaran sudah tentu sukar untuk dicapai,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Sungai Tapang Bekon Jenet berkata, majlis itu adalah sebagai penghargaa­n pihak sekolah atas kejayaan dan pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang kurikulum, kokurikulu­m dan kepimpinan mereka pada tahun lalu.

“Oleh itu, saya mengucap- kan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah hari ini (semalam). Semoga kejayaan pelajar ini akan berterusan dan seterusnya menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain untuk sentiasa mempunyai sikap daya saing bagi memperting­katkan mutu pencapaian mereka dalam akademik dan kokurikulu­m,” kata beliau.

Majlis itu menyaksika­n pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta guru SMK Sungai Tapang masing- masing menerima anugerah pada acara tersebut.

Antara anugerah yang diberikan termasuk kategori Murid Terbaik Dalam Mata Pelajaran, Hadiah Khas Pencapaian Akademik, Hadiah Khas Kemajuan Pencapaian Akademik, Murid Terbaik Dalam Tingkatan, Anugerah Guru Tingkatan Cemerlang, Anugerah Pengurusan Panitia Cemerlang 2018, Anugerah Panitia Cemerlang SPM 2017, Anugerah Panitia Usaha Gigih SPM 2017 dan banyak lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia